Wednesday, March 31, 2010

JANGANLAH KAMU MEMOHON UNTUK MENJADI PEMIMPIN

Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a katanya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Wahai abdul Rahman bin Samurah! janganlah kamu memohon untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika pimpinan yang diberikan kepada kamu kerana permohonan, maka kamu akan memikul tanggungjawab. Jika Pimpinan diberikan kepada kamu bukan kerana permohonanmu,maka kamu akan mendapatkan bantuan memikulnya. Jika kamu telah terlanjur bersumpah, kemudian kamu melihat ada sesuatu yang lebih baik daripada sumpahanmu itu, maka hendaklah kamu membayar denda iaitu kifarat daripada sumpahan mu tadi dan hendaklah kamu mengerjakan seuatu yang lebih baik itu."

(Hadis Riwayat Muslim)

LAWATAN FTC KE KUMPULAN KARANGKRAF

Alhamdulullah..Felcra Training & Consultancy membuat satu lawatan ke Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada 29 March 2010. Banyak yang boleh diambil contoh sepanjang lawatan selama satu jam di sana. Sempat juga kami berbual dan bertukar-tukar dengan CEO kumpulan karangkraf. Mudah-mudahan lawatan ini menjadi titik mula untuk hubungan yang lebih erat antara kumpulan karangkraf dan FTC..Insyaallah..Amin






Tuesday, March 23, 2010

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Wednesday, March 17, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN STAF PLFSP DENGAN STAF TPBW












KURSUS TRAIN THE TRAINER USING NLP

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?” Maka jawabnya Rasulullah saw, “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.” Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba- hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”

” Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” Surah Al-Baqarah : 237

Monday, March 15, 2010

KURSUS TRAIN THE TRAINER USING NLP

Program Train The Trainer Using NLP merupakan sebuah program yang berkonsepkan pembelajaran menggunakan pendekatan NLP (Neuro Linguistic Programming) sebagai alat yang diperlukan untuk membentuk individu atau trainer yang berkeyakinan,berkualiti dan berilmu.

Justeru itu, FTC telah mengambil inisiatif menjalankan program ini yang dikendalikan oleh YM Ungku Azlan Shah Bin Ungku Chulan yang merupakan Trainer dari Quantum Tech Consultancy. Kursus ini melibatkan staf FTC dari Ibu Pejabat, Pusat Latihan & Rekreasi FELCRA Tebing Tinggi dan Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak yang berlangsung selama 3 hari iaitu pada 9 sehingga 11 Mac 2010 bertempat di Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak (PLFSP) yang terdiri seramai 20 orang.

Sepanjang kursus ini, peserta didedahkan dengan cara menjadi seorang trainer yang dapat mengendalikan kursus dalam suasana training. Selain itu,kami juga mempelajari perkataan akronim yang memudahkan penghafalan kami. Banyak ilmu yang kami perolehi sepanjang kursus ini yang dapat menjadi panduan dan pedoman. Ilmu-Ilmu yang diperolehi ini akan kami gunakan dengan sebaiknya dalam kehidupan sebagai seorang trainer yang berpengetahuan. Bukan itu sahaja,ilmu yang diperolehi ini akan kami tanamkan dalam diri kami untuk menguatkan semangat keyakinan diri dan tidak mudah melatah jika berlaku sebarang kemungkinan sepanjang training.

Alhamdulillah kami semua berpuas hati dengan kaedah penyampaian dan pengisian kursus ini dan akan menggunakan segala ilmu yang diperolehi ini dengan sebaiknya dan dipraktikkan untuk panduan hidup. Akhir kata, jangan seperti mencurah air ke daun keladi. Insyaallah….

Thursday, March 4, 2010

MENDENGAR, TAAT, JIHAD, HIJRAH DAN BERJEMAAH

Daripada Harits Al-Asy'ary r.a berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda, "sesungguhnya ALLAH memerintahkan kepada Yahya Bin Zakaria a.s dengan lima kalimah yang harus diamalkan dan dia memerintahkan kepada bani Israel untuk mengrjakan lima kalimah tersebut, dan beliau hampir lambat mengerjakannya.

Kemudian Isa a.s berkata padanya, "Sesungguhnya ALLAH telah memerintahkan kamu lima perkara, agar kamu mengamalkannya dan kamu perintahkan Bani Israel mengerjakannya." adakah kamu yang memerintahkannya atau aku yang memerintahkannya."

Lalu Yahya berkata, "Aku takut, bila kamu mendahului aku maka aku akan ditinggalkan atau diazab."

Maka berkumpullah manusia si Baitul Maqdis, sehingga masjid dipenuhi manusia, sampai mereka duduk di pinggiran masjid. Kemudian Yahya berkata "Sesungguhnya ALLAH telah memerintahkanku lima perkara, agar aku mengamalkannya dan aku memerintahkan kamu untuk melaksanakan lima kalimah tersebut.

Pertama, kamu sembah ALLAH dan jangan mensyarikatkanNYA.Sesungguhnya perumpamaan orang mensyarikatkan ALLAH seperti orang lelaki membeli seorang hamba daripada wangnya yang berupa emas atau perak. Kemudian si pembeli berkata,"ini rumahku dan ini pekerjaanku. Maka bekerjalah kamu untukku."

Sedangkan si budak itu bekerja untuk orang lain. Maka adakah kamu rela dengan perbuatan si budak yang demikian itu?

Sesungguhnya ALLAH memerintahkan kamu solat. Jika kamu solat, maka janganlah kamu berpaling. Sesungguhnya wajah ALLAH berada tempat pada wajah hamba-Nya, ketika hamba melaksanakan solat, selama dia tidak berpaling.

Aku memerintahkan kamu berpuasa. sesungguhnya perumpamaan seperti seorang lelaki yang dibalut bersamanya ada kemasan yang terdapat didalamnya minyak wangi. sesungguhnya nafas orang yang berpuasa lebih baik di sisi ALLAH daripada wajahnya.

Aku memerintahkan kamu menunaikan sedekah. sesungguhnya perumpamaan demikian seperti seorang lelaki yang tertawan oleh musuhnya, kemudian musuh mengikat kedua-dua tangnya
hingga kelehernya dan memukulnya. Lalu dia berkata, "Aku akan menebus diriku dengan harta yang kamu minta, baik sedikit atau pun banyak aku akan menyerahkannya." Kemudian mereka melepasnya.

Aku memrintahkan kamu agar selalu mengingat ALLAH S.W.T sesungguhnya perumpamaan demikian seperti seorang lelaki yang bergegas keluar bertemu musuh, sehingga datanglah mendatangi seorang penunggang kuda dan dua orang kemudian dia dapat menyelamatkan diri daripada musuh. Demikian jugalah seorang hamba tidak dapat menyelamat dirinya daripada syaitan, melainkan dengan berzikir kepada ALLAH S.W.T

Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku akan memerintahkan kamu lima kalimah yang telah diperintahkan ALLAH kepadaku, iaitu mendengar,taat,jihad,hijrah dan berjemaah. Barangsiapa yang memisahkan diri daripada jemaah satu jengkal saja, nescaya telah tercabut rantai Islam daripada lehernya, melainkan bila dia kembali. Barangsiapa yang berdakwah dengan dakwah jahiliyah, maka tempatnya berada di neraka Jahannam."

Kemudian Seorang lelaki berkata, "Sekalipun dia berpuasa dan bersolat, Ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab, "Sekali pun dia bersolat dan berpuasa. Maka berdakwalah dengan dakwah ALLAH yang kamu dinamakan orang muslim dan mukmin sebagai hamba ALLAH s.w.t"

(HR. Tarmizi, Ibnu Huzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim)



dipetik dari:
"Wasiat-Wasiat RASULULLAH SAW pengaruhnya terhadap pembentukan peribadi individu & Masyarakat JILID 2 ditulis oleh DR.MUHAMMAD BAKAR ISMAIL - guru besar tafsir dan ulumul quran, universiti al-azhar)"

SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JANUARI,FEBRUARI & MAC

Monday, March 1, 2010

CATATAN KEMBARA JIWA..JANUARI 2010

Pelayaran kami di PLFRTT adalah selama 4 hari bermula 24hb sehingga 27hb. Kami memulakan pengembaraan kami pada hari kedua disana iaitu pada 25hb dengan menunaikan solat Subuh berjemaah dan seterusnya menikmati panorama di sekitar PLFRTT. Kami yang dianggotai dari Staf Unit Latihan bersama Kak Raha dan En.Rohaizat bersiar-siar meninjau segala kemudahan yang disediakan disana dan sungguh teruja menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa iaitu melihat pelbagai tumbuhan menghijau. Selain itu kami juga dapat memerhatikan makhluk lain yang hidup diatas muka bumi ini..

Pengembaraan kami diteruskan dengan taklimat awal oleh En.Rohaizat mengenai peraturan semasa kursus dan pengenalan dari kami. Seterusnya sesi pengenalan dari semua warga staf PLFRTT iaitu seramai 29 orang. Ini merupakan pengalaman yang menarik kerana bukan senang untuk kami mengenali staf di PLFRTT mungkin disebabkan sebelum ini hanya dapat mengenali sebilangan stafnya sahaja..kemungkinan sebelum ini segelintirnya mempunyai bidang tugas yang tidak terlibat dengan orang awam. Bukan saya saja yang teruja mengenali warga PLFRTT tetapi rakan-rakan seperjuangan saya juga turut mempunyai perasaan sebegini.

Selain itu kami juga turut berpelung mengenali rakan Trainer En.Rohaizat iaitu Engku Azlan dan ini merupakan kali pertama pertemuan kami dengan Engku Azlan. Banyak ilmu yang kami perolehi dengan beliau sepanjang pengenalan kami selama 2 hari. Input yang disampaikan juga sungguh menarik dan dapat dijadikan panduan kepada kita. Beliau juga menceritakan sedikit pengalaman sepanjang beliau bekerja sebagai trainer. Tidak kering gusi pabila kami mendengar penceritaan yang disampaikannya kerana lawaknya begitu sahaja.

Pelbagai kenangan yang dapat kami coretkan sesama di sana tetapi kenangan yang tidak dapat kami lupakan adalah dapat menunggang kuda. Jika dikenangkan kembali pelbagai ragam dan reaksi muka yang dapat dilihat semasa kami menunggang kuda. Sungguh kelakar apabila diimbaukan kembali peristiwa ini. Tetapi sebenarnya pengalaman ini sangat terindah dan susah untuk dikongsikan selain merasainya sendiri.

Kami juga menghitung hari dan detik-detik masa untuk pulang kembali ke Perak kerana terlalu lama rasanya kami disana. Bukan kami tidak seronok di sana tetapi pabila dapat mengenali Mak Esah kami berasa bertapa rindunya kami kepada keluarga yang telah ditinggalkan begitu lama. Tetapi pabila diimbaukan kembali, kami berasa sangat bertuah dapat mengenali semua warga staf di PLFRTT dan kami mengucapkan terima kasih kepada En.Rohaizat kerana mempercayai kepada team kami untuk membantu beliau menjayakan program ini. Dan kami kepada Allah kerana kami dapat menyempurnakan misi kami ini dengan jayanya..Alhamdullillah......

Tentang PLFSP