Wednesday, March 23, 2011

Mutiara Hati

"Bila ALLAH Cepat memakbulkan doamu, maka ALLAH menyayangimu. Bila DIA lambat memakbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu. Bila ALLAH tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun... kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya..."

Thursday, November 25, 2010

WAKTU AFDAL BERDOA

1. Ketika Bersujud
Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Tempat yang paling dekatnya seorang hamba kepada Allah s.w.t adalah di saat dia sujud, maka perbanyaklah doa."

2. Antara Azan Dan Iqamah
Antara waktu terbaik untuk berdoa adalah di anatar azan dan iqamah. Sebaik-baiknya dalam keadaan berwuduk, kita amat disuruh untuk berdoa.

3. Pada Hari Jumaat
Jumaat merupakan penghulu segala hari. Malah dalam hadis Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu di mana seorang hamba muslim yang tengah bersolat, lalu memohon kepada Allah Taala sesuatu kecuali Allah akan memberikan permintaannya. Dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya,bahawa waktu tersebut sangat tepat."

4. Doa Orang Berpuasa Ketika Berbuka Puasa
Sesungguhnya doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak. Terutamanya ketika bulan Ramadhan. Fadilatnya berlipat ganda. Ini kerana selain beribadat kepadaNya, janganlah kita lupa memanjatkan doa sepanjang bulan tersebut. Namun jika kita berpuasa sunat sekali pun, kita masih boleh memanjatkan doa. Insya-Allah doa kita pasti diberkati.

5. Doa Orang Teraniaya, Musafir Dan Ibu Bapa Terhadap Anaknya
Allah sentiasa mendengar doa-doa orang yang teraniaya. Walaupun mereka diuji dengan kesulitan yang menimpa, tetapi jika mereka mengingati Allah dan berdoa supaya takdirnya berubah, Insya-Allah doanya dimakbulkan. Begitu juga dengan musafir dan doa dari ibu bapa terhadap anak-anaknya. Doa mereka pasti akan dimakbulkan.

6. Doa Ketika Peperangan
Di saat para pejuang sedang mempertahankan keamanan, waktu inilah yang sesuai untuk mereka memohon hajat dan berdoa kerana nescaya doa mereka diterima.

7. Di Saat Kesempitan
Allah Maha Pendengar, jadi apabila kita ditimpa kecemasan dan dilanda kemiskinan, berdoalah semoga hidup boleh berubah kepada yang lebih baik.

8. Di Saat Hujan Turun
Hujan itu rahmat. Mungkin disebabkan itu kita diharuskan berdoa ketika itu.

Monday, November 1, 2010

Ganjaran Hebat Hari Arafah



Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : "Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang."

- Hadis isnad sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : "Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah."

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi

Daripada Anas bin Malik telah berkata : "Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu." ….Telah berkata imam Baihaqi iaitu pada kelebihan.

- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

Tempat rujukan :
1. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah.

WAllahua'alam ....

Thursday, August 26, 2010

Kelebihan Solat Sunat Dhuha.


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Monday, August 23, 2010

PROGRAM i-KASEH RAMADHAN

Pada 20 hingga 22 Ogos 2010,FTC telah menganjurkan satu program i-KASEH RAMADHAN bertempat di Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak dengan kerjasama dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Lada iaitu seramai 60 orang peserta.Alhamdulillah program ini telah berlangsung dengan jaya berkat dari usaha semua staf FTC serta dibantu beberapa orang guru dari sekolah tersebut.Dari usaha ini juga, insyallah dapat melahirkan insan yang soleh wa musleh.

















Tentang PLFSP