Thursday, November 25, 2010

WAKTU AFDAL BERDOA

1. Ketika Bersujud
Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Tempat yang paling dekatnya seorang hamba kepada Allah s.w.t adalah di saat dia sujud, maka perbanyaklah doa."

2. Antara Azan Dan Iqamah
Antara waktu terbaik untuk berdoa adalah di anatar azan dan iqamah. Sebaik-baiknya dalam keadaan berwuduk, kita amat disuruh untuk berdoa.

3. Pada Hari Jumaat
Jumaat merupakan penghulu segala hari. Malah dalam hadis Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu di mana seorang hamba muslim yang tengah bersolat, lalu memohon kepada Allah Taala sesuatu kecuali Allah akan memberikan permintaannya. Dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya,bahawa waktu tersebut sangat tepat."

4. Doa Orang Berpuasa Ketika Berbuka Puasa
Sesungguhnya doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak. Terutamanya ketika bulan Ramadhan. Fadilatnya berlipat ganda. Ini kerana selain beribadat kepadaNya, janganlah kita lupa memanjatkan doa sepanjang bulan tersebut. Namun jika kita berpuasa sunat sekali pun, kita masih boleh memanjatkan doa. Insya-Allah doa kita pasti diberkati.

5. Doa Orang Teraniaya, Musafir Dan Ibu Bapa Terhadap Anaknya
Allah sentiasa mendengar doa-doa orang yang teraniaya. Walaupun mereka diuji dengan kesulitan yang menimpa, tetapi jika mereka mengingati Allah dan berdoa supaya takdirnya berubah, Insya-Allah doanya dimakbulkan. Begitu juga dengan musafir dan doa dari ibu bapa terhadap anak-anaknya. Doa mereka pasti akan dimakbulkan.

6. Doa Ketika Peperangan
Di saat para pejuang sedang mempertahankan keamanan, waktu inilah yang sesuai untuk mereka memohon hajat dan berdoa kerana nescaya doa mereka diterima.

7. Di Saat Kesempitan
Allah Maha Pendengar, jadi apabila kita ditimpa kecemasan dan dilanda kemiskinan, berdoalah semoga hidup boleh berubah kepada yang lebih baik.

8. Di Saat Hujan Turun
Hujan itu rahmat. Mungkin disebabkan itu kita diharuskan berdoa ketika itu.

Monday, November 1, 2010

Ganjaran Hebat Hari Arafah



Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : "Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang."

- Hadis isnad sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : "Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah."

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi

Daripada Anas bin Malik telah berkata : "Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu." ….Telah berkata imam Baihaqi iaitu pada kelebihan.

- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

Tempat rujukan :
1. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah.

WAllahua'alam ....

Thursday, August 26, 2010

Kelebihan Solat Sunat Dhuha.


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Monday, August 23, 2010

PROGRAM i-KASEH RAMADHAN

Pada 20 hingga 22 Ogos 2010,FTC telah menganjurkan satu program i-KASEH RAMADHAN bertempat di Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak dengan kerjasama dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Lada iaitu seramai 60 orang peserta.Alhamdulillah program ini telah berlangsung dengan jaya berkat dari usaha semua staf FTC serta dibantu beberapa orang guru dari sekolah tersebut.Dari usaha ini juga, insyallah dapat melahirkan insan yang soleh wa musleh.

















Tuesday, June 29, 2010

PROGRAM PROAKTIF TINGKAP MINDA

Pada 16 Jun 2010 bersamaan 3 Rejab 1431, pihak FELCRA Training & Consultancy telah bekerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Lada bagi menjayakan satu program pembelajaran iaitu Program Proaktif Tingkap Minda. Program ini telah dijayakan di Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu para pelajar meningkatkan prestasi dalam pembelajaran. Modul program ini telah dibuat khas oleh Developing Reality yang diasaskan oleh YM Ungku Azmi Bin Ungku Chulan bagi pelajar SMKCL. Bagi menjayakan program ini, pihak sekolah telah memilih hanya 20 orang sahaja bagi pelajar Tingkatan 1. Ini bertujuan bagi mudah memberikan tumpuan khusus dalam percubaan ini. Pihak kami memilih pelajar Tingkatan 1kerana pelajar-pelajar ini boleh menjadi mentor bagi pelajar-pelajar lain. Selain itu pelajar-pelajar inilah yang mudah dibentuk bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.








Monday, June 28, 2010

TRIP DI INDONESIA 18-21 JUN 2010


GAMBAR MENARA MONAS YANG DIPUNCAKNYA TERDAPAT EMAS



GAMBAR KETIKA DI GUNUNG TAKUBAN PERAHU. DISELUPUTI KABUS SEWAKTU JAM 9.00 PAGI



GUNUNG TAKUBAN PERAHU YANG MEMPUNYAI AL KISAHNYA.



GAMBAR KENANGAN DI HADAPAN HOTEL SABANG SEBELUM BERANGKAT KE CIBADUYUT DAN TOKO TIGA.



GAMBAR DI NAGRAK YANG MEMPUNYAI KEINDAHAN YANG MENDAMAIKAN.



GAMBAR SEWAKTU SEBELUM BERANGKAT PULAANG MENUJU KE LAPANGAN TERBANG CENGKARENG


GAMBAR KENANGAN BERSAMA PAK JARTIKA YANG TELAH MENGURUSKAN PERJALANAN KAMI DI INDONESIA

Saturday, June 12, 2010

SATU


Aku ingin merubah dunia menjadi lebih baik
Ternyata semuanya hampa, dunia tidak juga berubah
Aku ingin merubah negara ku menjadi lebih baik
Ternyata semuanya hampa, negara ku tidak juga berubah menjadi lebih baik
Aku ingin mengubah masyarakat ku menjadi lebih baik
Ternyata semuanya hampa, masyarakat tidak juga berubah menjadi lebih baik
Aku ingin merubah keluarga ku menjadi lebih baik
Ternyata semuanya hampa, keluarga ku tidak juga berubah menjadi lebih baik.
Di akhir hayat ku, baru aku sedar……
Aku harus merubah diriku dahulu menjadi lebih baik…
Perubahan diriku boleh merubah keluarga ku menjadi lebih baik….
Setiap keluarga menjadi lebih baik…masyarakat juga akan berubah menjadi lebih baik…
Semua masyarakat berubah menjadi lebih baik….negara juga akan berubah menjadi lebih baik..
Semua negara berubah menjadi lebih baik..dunia juga akan berubah menjadi lebih baik……
Untuk merubah dunia diri sendiri perlu berubah dahulu menjadi yang lebih baik.

Segala-galanya bermula daripada SATU. Kejadian kita pun dari SATU titis air yang hina. Kejadian dunia yang fana ini pun dari SATU titik yang padu. Tujuan hidup kita pun SATU hanya mengabdi pada yang AL-AHAD untuk menuju ke arah yang SATU (syurga). SATUkanlah hati-hati ini untuk mencapai matlamat dan tujuan hidup yang SATU dan kembali pada yang AL-AHAD. BERSATU lebih baik daripada BERDUA

Sunday, April 25, 2010

Surat Cinta Yang Dilupakan


Waktu engkau masih kanak-kanak.Kau laksana kawan sejatiku. Dengan wudu', aku kau sentuh dalam keadaan suci, aku kau pegang. Aku,kau junjung dan kau pelajari Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku.Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah.?Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.Sekarang, aku tersimpan rapi sekali;sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan.Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu. Kadang kala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa.Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.


Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.Dulu.pagi-pagi.surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.Di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.Sekarang.seawal pagi sambil minum kopi.engkau baca surat khabar dahulu.Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia.Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,Engkau abaikan dan engkau lupakan.Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah-surahku (Bismillah).Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi.Tidak ada kaset @ cd yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu.Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu.Mengasyikkan.


Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja.Di komputermu pun kau putar musik favoritemuJarang sekali engkau putar ayat-ayatku.E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan.Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu.Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaikuBila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.Menonton siaran telivisyen.Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk.Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah.


Waktupun cepat berlalu.Aku semakin kusam dalam laci-laci mu.Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama.Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali. Itupun hanya beberapa lembar dariku.Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu. Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku. Atau waktu kematian saudara atau taulan mu. Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya; Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu. Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t.


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu.Setiap saat berlalu.Dan akhirnya.kubur yang setia menunggu mu. Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu. Jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati. Di kuburmu nanti..Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.Yang akan membantu engkau membela diri dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.


Peganglah aku kembali.. bacalah aku kembali aku setiap hari. Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu.Keluarkanlah segera aku dari almari, lacimu. Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah aku kembali.Baca dan pelajari lagi aku..Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat. Seperti dulu.. waktu engkau masih kecil. Di surau kecil kampungmu yang damai.Jangan aku engkau biarkan aku sendiri.... Dalam bisu dan sepi....

Monday, April 12, 2010

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP KEDUA IBUBAPA

1. Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
2. Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan nama.
3. Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.
4. Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali mengkasarinya atau berlaku biadap.
5. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.
6. Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.
7. Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya.
8. Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.
9. Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
10. Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.
11. Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
12. Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jangan menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya.
13. Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus memnyediakan sekadar kemampuan.
14. Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.
15. Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan.
16. Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
17. Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.
18. Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.
19. Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
20. Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabatnya

Tuesday, April 6, 2010

KONVENSYEN KOPERASI PESERTA FELCRA BERHAD

KONVENSYEN KOPERASI PESERTA FELCRA BERHAD
4 - 6 APRIL 2010
HOTEL GRAND SEASONS
KUALA LUMPUR


Gambar Konvensyen, Untuk Download klik link di bawah..
konvensyenKoperasiFELCRA.zip












Tentang PLFSP