Saturday, August 29, 2009

KENANGAN DALAM SEBUAH PELAYARAN




Alhamdulillah, semua warga Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak selamat sampai ke destinasi selepas selama tiga hari dua malam berlayar dalam misi dan visi memperkukuhkan jatidiri warga ke arah memperkukuhkan organisasi. Pengalaman menyertai program ini amat mengesankan dengan pelbagai catatan peristiwa yang di lalui. Susah untuk dicatatkan disini namun bagi yang melaluinya pastinya, telah membawa pelbagai kenangan terindah dan menarik serta cukup menginsafkan diri masing-masing.

Aku bukannya tak biasa melalui program seperti ini apatah lagi setiap program kursus yang dijayakan oleh En Rohaizat aku akan menjadi pembantunya bersama-sama teman-teman yang lain dari unit Latihan. Namun pengalaman mengikuti program ini tetap berbeza dengan apa yang pernah kami lalui bersama.

Sejak awal lagi, kami dibawa dengan satu mindset bahawa kami akan memulakan sebuah pelayran ke destinasi pulau harapan. Lagu tema Pulau Harapan dengan latar belakang lagu terkenal menjadi tema pengembaraan kami. Segala aktiviti dan games semuanya diatur dengan mengambilkira latarbelakang tersebut. Pengalaman kumpulan kami mengatur strategi untuk mencari bahan makanan di pulau berhampiran ketika kehabisan bekalan di dapur amat menyeronokkan. Bukan sekadar berfikir dan mencari jalan untuk menjayakan task itu tapi tak dapat bayangkan bagaiman kami bertujuh dapat menaiki kapal tersebut belayar..dengan berat hampir 500kg.

Dan pengalaman yang terindah adalah ketika sesi terakhir semasa semua peserta dimaklumkan bahwa ribut taufan akan melanggar kapal dan mengkaramkannya. Detik perjalanan dan setting yang dilakukan begitu mencemaskan sehingga akhir sekali semua baru sedar bahawa tak ada lagi harapan kecuali menerima takdir sebuah kematian! Suasana menjadi begitu hening dan pilu serta penuh emosional dan pada seuatu ketika terasa peserta menjadi semakin emosi dan tak terkawal. Alhamdulillah, semuanya baik dan tiada yang dapat dicatatkan disini pengalaman indah tersebut selama 1jam setengah kecuali yang melaluinya.

Alhamdulillah, kami menyertai program ini dengan pelbagai kisah namun pengakhiranya adalah semangat kebersamaan dan hubungan kepada Allah. Ramadhan menjadikan kami lebih teruja dan lebih fokus ke arah mempastikan PLFSP terus berjaya dan cemerlang. Tahniah PLFSP dan tahniah kepada En Rohaizat dan pembantu beliau Raihan.. Jumpa lagi

Friday, August 28, 2009

PROGRAM KECEMERLANGAN PENGURUSAN DIRI WARGA PUSAT LATIHAN FELCRA SEBERANG PERAK

Program Kecemerlangan Pengurusan Diri Warga Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak
25 - 27 Ogos 2009
Dewan Baiduri Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak

Pada 25 - 27 Ogos 2009 pengurusan pusat latihan felcra seberang perak telah mengadakan Kursus Kecemerlangan Pengurusan Diri bagi staff PLFSP.Kursus ini turut dihadiri oleh En.Zumaini bin Mohamed Yasin,Pengetua Pusat Latihan Rekreasi Tebing Tinggi. En.Rohaizat sendiri yang menjadi jurulatih.

Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan:
1)Al-Khindi
2)Al-Farabi
3)Al-Khawarizmi
4)Al-Razi

Antara Modul dan Pendekatan Yang digunakan adalah:
1)Muhasabah diri
2)Kebersamaan
3)Percambahan minda
4)Visi dan Misi
5)Game

Ringkasan Program
sepanjang program setiap kumpulan diberikan tugas-tugas yang tertentu. Al-Khindi di tugaskan untuk memasak bagi juadah berbuka, Al-Khawarizmi & Al-Razi juadah bagi bersahur.Al-Razi ditugaskan untuk penyediaan dewan. Sepanjang program berlangsung semua peserta berkampung di PLFSP dan tidak dibenarkan pulang.Semua peserta juga menyempurnakan solat tarawih bersama di surau PLFSP.Gambar-gambar dibawah antara aktiviti yang dijalankan.







Wednesday, August 19, 2009

Menu Masakan Digital



Nantikan kemunculan Menu Masakan Digital daripada Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak

PROGRAM EM BERSAMA PESERTA FELCRA

Program EM Bersama Peserta FELCRA merupakan program julung kali diadakan. Program ini telah dihadiri seramai 200 orang peserta FELCRA dari seluruh negeri perak. Program ini bertujuan mendedahkan kepada peserta FELCRA tentang teknologi EM dan berharap mereka semua dapat mengaplikasikan teknologi EM di kawasan masing-masing.







Monday, August 17, 2009

Perasmian Program EM Oleh Dato' Tajuddin Bin Abdul Rahman Pengerusi FELCRA Berhad

Program penggunaan EM berlangsung pada 17 - 18 Ogos 2009 di Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak telah dirasmikan sendiri oleh Pengerusi FELCRA Berhad iaitu Dato' Tajuddin Bin Abdul Rahman pada 16 Ogos 2009. Program ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai kebaikan dan kelebihan dan pembuatan baja organik kepada peserta-peserta FELCRA Berhad seluruh negeri perak. Kursus ini telah dihadiri seramai 200 orang peserta.






Saturday, August 15, 2009

Kemunculan Blog Food & Bevarage PLFSP


PLFSP akan mempunyai blog Food & Bevarage tidak lama lagi. Segala menu dan set makanan akan dipaparkan di dalam blog. Dengan terbitnya blog ini akan dapat membantu pelanggan untuk menentukan menu atau set makanan yang memenuhi citarasa anda. Nantikan kemunculannya...

sila layari di : http://fnbplfsp.blogspot.com

Friday, August 7, 2009

SEMINAR FUTURE SCANNING & FUTURE CHANGES MASTERCLASS

Seminar Future Scanning & Culture Change Influencing The Future Masterclass
di adakan di Palm Garden IOI Resort, Putrajaya
6 Ogos 2009
Anjuran FELCRA Training & Consultancy









Tuesday, August 4, 2009

LAWATAN MENTERI KE BENDANG SEBERANG PERAK

Lawatan Kerja Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Y.B. DATO' SERI HJ. MOHD SHAFIE BIN HJ. APDAL, SPMP., PGDK., DSAP., DMSM., JP Ke Bendang FELCRA Seberang Perak, 3 Ogos 2009.











KURSUS INDUKSI PENOLONG EKSEKUTIF (PERLADANGAN ) SIRI 10





Tentang PLFSP