Saturday, January 24, 2009

Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Desa Oleh YAB Perdana Menteri

Satu Majlis Pelan Tindakan Desa (PTD) akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 29 Januari 2009, jam 9.00 pagi bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Kuning, Kampar, Perak. Majlis ini diadakan bertujuan agar perancangan pembangunan lebih teratur, berkesan dan memfokus terhadap sesebuah kampung.


Y.B. Senator Tan Sri Dato’ Seri Muhammad bin Muhammad Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berpendapat pendekatan modul Pelan Tindakan Desa ini dapat mewujudkan ruang silaturrahim yang lebih baik kerana penduduk kampung dapat diberi peluang dan ruang menyumbangkan pendapat dan idea secara muafakat dalam menentukan hala tuju pembangunan kampung. Sumber : INFRA

++

Pengurusan PLFSP dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penginapan dan makan minum kepada 220 peserta (194 lelaki dan 26 perempuan) yang terdiri daripada Pegawai, JKKK dan AJKP agensi FELCRA dan RISDA seluruh Semenanjung Malaysia. Para peserta akan mula mendaftar masuk pada petang 26/01/2009.

Wednesday, January 21, 2009

Program Terkini

Satu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat akan diadakan oleh pengurusan FELCRA Berhad pada 22 Januari, 2009 bertempat di perkarangan Dewan Serbaguna FELCRA Berhad Seberang Perak. Majlis ini membolehkan Y. B. Dato' Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman (Pengerusi FELCRA Berhad) menemui peserta dan pemimpin - pemimpin peserta di peringkat Wilayah Perak. Tujuan utama Majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada pemimpin - pemimpin FELCRA Berhad menyampaikan maklumat dan beramah mesra dengan masyarakat setempat di FELCRA Berhad Seberang Perak khasnya.
Pengurusan PLFSP bertindak dalam menyelaras dan penyediaan sajian kepada VIP dan pemimpin - pemimpin FELCRA Berhad.

Saturday, January 3, 2009

Awal Muharram 1430 H dan Tahun Baru 2009

Assalamualaikum, selepas beberapa lama tidak dapat akses ke alam maya PLFSP disebabkan masalah teknikal dengan server dan sambungan broadband, alhamdulillah dapat kembali untuk mencoret catatan perjalanan yang telah dilalui sepanjang tahun 2008 serta perancangan bagi tahun 2009.

Awal Muharram tahun 1430 H serta kehadiran tahun baru 2009 yang serentak memberi satu dimensi baru bagi melonjak aktivisme PLFSP. Pencapaian bagi tahun 2008 perlu dinilai kembali untuk mencari elemen kekuatan untuk diteruskan dan kelemahan untuk diperbaiki. Tiada jalan pintas bagi mencapai kecemerlangan selain usaha dan komitmen yang jitu. InsyaAllah pada awal tahun ini selepas perbincangan dengan semua ketua unit dan warga PLFSP, satu perancangan bisnes baru akan dilancarkan seiring dengan misi dan visi FTC. InsyaAllah, semangat hijrah yang memberi pengertian tentang keperluan sebuah perancangan strategik selain bertawakal kepada Allah akan dijadikan bekalan di dalam perjalanan menggerakkan aktivisme PLFSP bagi tahun 2009 ini.

Salam Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009. Jumpa lagi.

Tentang PLFSP