Monday, March 1, 2010

CATATAN KEMBARA JIWA..JANUARI 2010

Pelayaran kami di PLFRTT adalah selama 4 hari bermula 24hb sehingga 27hb. Kami memulakan pengembaraan kami pada hari kedua disana iaitu pada 25hb dengan menunaikan solat Subuh berjemaah dan seterusnya menikmati panorama di sekitar PLFRTT. Kami yang dianggotai dari Staf Unit Latihan bersama Kak Raha dan En.Rohaizat bersiar-siar meninjau segala kemudahan yang disediakan disana dan sungguh teruja menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa iaitu melihat pelbagai tumbuhan menghijau. Selain itu kami juga dapat memerhatikan makhluk lain yang hidup diatas muka bumi ini..

Pengembaraan kami diteruskan dengan taklimat awal oleh En.Rohaizat mengenai peraturan semasa kursus dan pengenalan dari kami. Seterusnya sesi pengenalan dari semua warga staf PLFRTT iaitu seramai 29 orang. Ini merupakan pengalaman yang menarik kerana bukan senang untuk kami mengenali staf di PLFRTT mungkin disebabkan sebelum ini hanya dapat mengenali sebilangan stafnya sahaja..kemungkinan sebelum ini segelintirnya mempunyai bidang tugas yang tidak terlibat dengan orang awam. Bukan saya saja yang teruja mengenali warga PLFRTT tetapi rakan-rakan seperjuangan saya juga turut mempunyai perasaan sebegini.

Selain itu kami juga turut berpelung mengenali rakan Trainer En.Rohaizat iaitu Engku Azlan dan ini merupakan kali pertama pertemuan kami dengan Engku Azlan. Banyak ilmu yang kami perolehi dengan beliau sepanjang pengenalan kami selama 2 hari. Input yang disampaikan juga sungguh menarik dan dapat dijadikan panduan kepada kita. Beliau juga menceritakan sedikit pengalaman sepanjang beliau bekerja sebagai trainer. Tidak kering gusi pabila kami mendengar penceritaan yang disampaikannya kerana lawaknya begitu sahaja.

Pelbagai kenangan yang dapat kami coretkan sesama di sana tetapi kenangan yang tidak dapat kami lupakan adalah dapat menunggang kuda. Jika dikenangkan kembali pelbagai ragam dan reaksi muka yang dapat dilihat semasa kami menunggang kuda. Sungguh kelakar apabila diimbaukan kembali peristiwa ini. Tetapi sebenarnya pengalaman ini sangat terindah dan susah untuk dikongsikan selain merasainya sendiri.

Kami juga menghitung hari dan detik-detik masa untuk pulang kembali ke Perak kerana terlalu lama rasanya kami disana. Bukan kami tidak seronok di sana tetapi pabila dapat mengenali Mak Esah kami berasa bertapa rindunya kami kepada keluarga yang telah ditinggalkan begitu lama. Tetapi pabila diimbaukan kembali, kami berasa sangat bertuah dapat mengenali semua warga staf di PLFRTT dan kami mengucapkan terima kasih kepada En.Rohaizat kerana mempercayai kepada team kami untuk membantu beliau menjayakan program ini. Dan kami kepada Allah kerana kami dapat menyempurnakan misi kami ini dengan jayanya..Alhamdullillah......

No comments:

Post a Comment

Tentang PLFSP