Tuesday, December 8, 2009

Petua / Tip

10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI

1. Perbaiki Imej Anda. Cuba Lakukan Sedikit Perubahan
~ Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak kisah bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegen dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda dengan sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda, pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sedikit cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan Senaman Ringan

3. Senyuman Boleh Mengubah Segala-galanya
~ Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran Positif
~ Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaallah rezeki pun meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap Allah.

5. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
~ Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta / arus delta, 2 arus kemunduran.

6. Luahkan Pada Seseorang
~ Anda memerlukan seseorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seseorang sahabat.

7. Curahkan Diatas Kertas.
~ Curahkan semua yang merungsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia Untuk Berubah
~ Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk Allah yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari Kegemaran Baru
~ Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran baru.

10. Bertegaslah
~ Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satunya keputusan, anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Tentang PLFSP