Thursday, November 25, 2010

WAKTU AFDAL BERDOA

1. Ketika Bersujud
Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Tempat yang paling dekatnya seorang hamba kepada Allah s.w.t adalah di saat dia sujud, maka perbanyaklah doa."

2. Antara Azan Dan Iqamah
Antara waktu terbaik untuk berdoa adalah di anatar azan dan iqamah. Sebaik-baiknya dalam keadaan berwuduk, kita amat disuruh untuk berdoa.

3. Pada Hari Jumaat
Jumaat merupakan penghulu segala hari. Malah dalam hadis Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu di mana seorang hamba muslim yang tengah bersolat, lalu memohon kepada Allah Taala sesuatu kecuali Allah akan memberikan permintaannya. Dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya,bahawa waktu tersebut sangat tepat."

4. Doa Orang Berpuasa Ketika Berbuka Puasa
Sesungguhnya doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak. Terutamanya ketika bulan Ramadhan. Fadilatnya berlipat ganda. Ini kerana selain beribadat kepadaNya, janganlah kita lupa memanjatkan doa sepanjang bulan tersebut. Namun jika kita berpuasa sunat sekali pun, kita masih boleh memanjatkan doa. Insya-Allah doa kita pasti diberkati.

5. Doa Orang Teraniaya, Musafir Dan Ibu Bapa Terhadap Anaknya
Allah sentiasa mendengar doa-doa orang yang teraniaya. Walaupun mereka diuji dengan kesulitan yang menimpa, tetapi jika mereka mengingati Allah dan berdoa supaya takdirnya berubah, Insya-Allah doanya dimakbulkan. Begitu juga dengan musafir dan doa dari ibu bapa terhadap anak-anaknya. Doa mereka pasti akan dimakbulkan.

6. Doa Ketika Peperangan
Di saat para pejuang sedang mempertahankan keamanan, waktu inilah yang sesuai untuk mereka memohon hajat dan berdoa kerana nescaya doa mereka diterima.

7. Di Saat Kesempitan
Allah Maha Pendengar, jadi apabila kita ditimpa kecemasan dan dilanda kemiskinan, berdoalah semoga hidup boleh berubah kepada yang lebih baik.

8. Di Saat Hujan Turun
Hujan itu rahmat. Mungkin disebabkan itu kita diharuskan berdoa ketika itu.

Monday, November 1, 2010

Ganjaran Hebat Hari Arafah



Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : "Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang."

- Hadis isnad sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : "Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah."

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi

Daripada Anas bin Malik telah berkata : "Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu." ….Telah berkata imam Baihaqi iaitu pada kelebihan.

- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

Tempat rujukan :
1. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah.

WAllahua'alam ....

Tentang PLFSP