Saturday, January 3, 2009

Awal Muharram 1430 H dan Tahun Baru 2009

Assalamualaikum, selepas beberapa lama tidak dapat akses ke alam maya PLFSP disebabkan masalah teknikal dengan server dan sambungan broadband, alhamdulillah dapat kembali untuk mencoret catatan perjalanan yang telah dilalui sepanjang tahun 2008 serta perancangan bagi tahun 2009.

Awal Muharram tahun 1430 H serta kehadiran tahun baru 2009 yang serentak memberi satu dimensi baru bagi melonjak aktivisme PLFSP. Pencapaian bagi tahun 2008 perlu dinilai kembali untuk mencari elemen kekuatan untuk diteruskan dan kelemahan untuk diperbaiki. Tiada jalan pintas bagi mencapai kecemerlangan selain usaha dan komitmen yang jitu. InsyaAllah pada awal tahun ini selepas perbincangan dengan semua ketua unit dan warga PLFSP, satu perancangan bisnes baru akan dilancarkan seiring dengan misi dan visi FTC. InsyaAllah, semangat hijrah yang memberi pengertian tentang keperluan sebuah perancangan strategik selain bertawakal kepada Allah akan dijadikan bekalan di dalam perjalanan menggerakkan aktivisme PLFSP bagi tahun 2009 ini.

Salam Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Tentang PLFSP