Wednesday, June 10, 2009

Sifat & Sikap Penghalang Kejayaan Seorang Muslim

Buku "Sifat & Sikap Penghalang Kejayaan Seorang Muslim" telah ditulis dan disusun oleh Abu Sulaiman Ad-Darani. Di dalam buku ini telah dimuatkan 96 perkara atau perlakuan yang menghalang kejayaan seorang muslim. Insyallah saya akan menulis 96 perkara itu di dalam blog ini setiap minggu untuk perkongsian bersama.

Perkara Pertama :
Meninggalkan Solat Fardhu.

Yang dimaksudkan dengan meninggalkan solat fardhu ialah, bila seseorang dengan sengaja melalaikan atau mengakhirkan solatnya hingga datang waktu solat yang berikutnya. Misalnya seseorang mengerjakan solat Zohor, padahal solat asar sudah hampir waktunya dan seterusnya.

Sabda Rasulullah SAW

"Perbuatan hamba yang pertama kali akan dihisab dihari kiamat kelak adalah solatnya, barangsiapa yang solatnya baik, sesungguhnya ia akan beroleh kebahagiaan serta keselamatan, barangsiapa kurang baik(buruk) solatnya, maka ia akan sengsara serta merugi"

(HR. Tirmizi dan Thabrani)

"Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab nanti adalah solatnya. Maka jika solatnya telah rosak, amal lainpun akan rosak pula."

(HR. Thabrani)

"Barangsiapa menjamak solat (mengumpulkan dua waktu solat, yang dikerjakan dalam satu waktu), tanpa alasan yang sudah ditentukan, maka benar-benar orang-orang tersebut datang kesuatu pintu besar daripada pintunya dosa-dosa besar."

(HR. Al-Hakim)

"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat, pada usia tujuh tahun, serta bila umurnya telah mencapai sepuluh tahun, belum mengerjakan solat maka pukullah ia kerana perbuatannya itu."

(HR. Abu Daud)

"Pencuri yang ulung itu, ialah orang yang mencuri solatnya." Kemudian bertanya seseorang: "Bagaimana mencuri solat itu ya Rasulullah?" Baginda Menjawab : "Iaitu orang yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud serta bacaan dalam solatnya."

(HR. Ahmad dan Al-Hakim)

Ini adalah antara hadis Rasulullah yang menekankan betapa pentingnya solat pada umat islam yang menjadi penentu kejayaan umat islam didunia dan juga di akhirat.

No comments:

Post a Comment

Tentang PLFSP