Sunday, December 7, 2008

Tazkirah Aidil Adha 1429H,.. Sembelihlah Cinta Selain Allah....

Bersempena dengan Hari Raya Korban yg bakal menjelang tidak berapa lama, saya ingin berkongsi dengan pembaca blog sekalian berkenaan tajuk diatas. Sebuah kisah yang lebih indah dari semua pengorbanan atas nama cinta yang pernah ada di muka bumi ini…

Kisah cinta Nabi Ibrahim pada Yang Maha Esa. Kisah cinta yang penuh dengan ujian, penuh dengan pengorbanan, penuh dengan cubaan. Kisah cinta yang mungkin akan menjadi cubaan terberat yang pernah ada sepanjang zaman kerena pengorbanan demi pengorbanan yang dialami oleh Nabi Ibrahim adalah untuk membuktikan cintanya padaNya...

Setelah bertahun-tahun tidak mempunyai anak, akhirnya Nabi Ibrahim dikurniakan seorang anak lelaki melalui pernikahannya dengan Siti Hajar. Setelah anaknya lahir, Allah kemudian kembali mengujinya dengan memerintahkan agar ia meninggalkan Siti Hajar dan anaknya, Ismail, di gurun pasir yang tandus. Sebuah ujian yang sangat berat bukan? Isteri dan anak tunggalnya harus dia tinggalkan….Mampukah kita melakukan hal itu? Meninggalkan seorang isteri yang telah melahirkan zuriat kita ditengah padang tandus seorang diri? Meninggalkan anak yang begitu kita inginkan kehadirannya di tengah teriknya matahari dan dinginnya angin malam?

Walaupun berat hati, namum atas nama cinta yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim pada Allah…ia pun melakukannya...kerana memang sungguh itu adalah wahyu dari Allah kepadanya

(Dan setelah Nabi Ibrahim membuktikan cintanya, atas perintahNya, Air zam-zam pun keluar sebagai survival kedua orang tersebut, disusul kemudian dengan kedatangan orang-orang untuk bermukim serta memakmurkan di sekitar mata air zam-zam)

Seterusnya Nabi Allah Ibrahim a.s terus diuji,...

Ketika Nabi Ibrahim bertemu dengan anaknya setelah sekian tahun berpisah, turun lagi wahyu dari ALLAH, yang meminta Nabi Ibrahim untuk menyembelih atau mengorbankan anaknya! Sekali lagi cinta Nabi Ibrahim di uji. Antara cinta kepadaNya dengan cintanya kepada dunia.. Dan dengan linangan air mata. Nabi Ibrahim pun meletakkan pisau yang tajam di leher anaknya... Bersiap untuk melakukan segalanya demi pembuktian cintanya pada ALLAH, Tuhan sekalian alam... Bersiap untuk menyembelih leher puteranya yang begitu dia cinta, demi cinta sejatinya.. Dan saat itulah, ketika Nabi Ibrahim berhasil membuktikan bahawa bagi dirinya, keinginan Allah adalah segala-galanyanya.. kembali Sang Maha Pemurah berkehendak.. Allah menukar Nabi Ismail dengan seekor kibasy. Kisah ini dirakamkan di dalam Al Quran seperti maksud berikut :

Dan Ibrahim berkata: "Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku. "Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu", sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar

Karena sesungguhnya bukan darah Nabi Ismail yang dikehendaki oleh ALLAH ,
bukan ketakutan Siti Hajar yang dikehendakiNya,
dan bukan pula tubuh tua Nabi Ibrahim yang dikehendakiNya...

Tapi yang diuji adalah cinta Nabi Ibrahim..Yang dilihat adalah bagaimana Nabi Ibrahim mampu 'menyembelih' cinta-cinta dunia yang ada di hatinya..

Menyembelih cintanya pada harta..
Menyembelih cintanya pada orang lain, termasuk isteri dan anaknya
Menyembelih cintanya pada diri sendiri...
Menyembelih cintanya pada dunia dan nafsu...
Sehingga yang ada hanya cintanya pada Allah...


Dan Nabi Ibrahim berhasil membuktikannya..Cintanya hanya untukNya...
Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan.

Itulah makna Aidil Adha yang kita rayakan. Falsafah dan memahami yang tersirat disebalik Hari Raya Korban.
Bukan sekadar berlumba-lumba menyembelih binatang korban sebanyak-banyaknya. Tapi juga harus diiringi dengan menyembelih cinta lain yang ada di hati kita...

Cinta pada jawatan, harta benda dan wang ringgit. Itulah cinta pada bintang-bintang yg bergemerlapan.
Cinta pada anak pinak dan isteri serta keluarga Itulah ibaratnya cinta pada sang rembulan yg mendamaikan

Kenapa cinta itu yang kita cari selama ini?
Tidakkah kita tahu, bintang gemintang pasti gugur kebumi!!!
Tidakkah kita tahu, rembulan terkadang dilindungi awan?

Disaat anak-anak menginggalkan kita
Disaat anak-anak tidak lagi mampu memberi kebahagiaan, apa yg kau rasa?
Jiwamu merana, merintih, sedih, kecewa.
Kau terus hilang arah.

Disaat isteri/suami/keluarga meninggalkan kita
Apa yang terjadi pada kita?
Merana bukan?
Hidup tak lagi bermakna, jiwamu kosong dan hampa.
Dunia yg indah kau rasa gelap dan membosankan.

Kepada saudara saudari sahabat dan rakan seperjuangan, marilah kita meletakkan cinta-cinta dunia mu hanya ditangan BUKAN dihati....

Kerana,...

Jika kau letak cinta duniamu hanya di tangan
Tatkala jawatan, pangkat, wang ringgit dan harta benda dan lain2 cinta dunia itu terlepas dari genggamanmu,
Kau masih punya ALLAH dihati.

Tapi jika letak selain ALLAH dihati,
Pasti jiwamu kosong, tak bererti lagi.

Mulai hari ini,
Marilah kita letaklah ALLAH dalam hati kita
bukan anak,
bukan isteri,
bukan pangkat
bukan harta,
bukan wang ringgit
segalanya bukan, MELAINKAN ALLAH.

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan,iaitu:
Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik,
yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
(Surah Ibrahim : 23-27)

Firman ALLAH dalam hadis Qudsi.


Hai manusia,
Tempatmu di syurga
Sebelum engkau masuk, telah Aku usir syaitan dari dalam syurga.

Tempatku didunia, adalah dalam hatimu
Sudahkah kau bersihkan hatimu dari selain Aku?!

Jadikan cinta kepada anak2 sebagai sejadah mendapat cinta dan redhanya ALLAH.
Jadikan cinta kepada suami/isteri sebagai sejadah mendapat cinta dan redhanya ALLAH.
Jadikan cinta kepada jawatan/harta/wang ringgit/pangkat sebagai sejadah mendapat cinta dan redhanya ALLAH.

Ketika kita mampu dan berjaya mengorbankan cinta dunia, cinta diri sendiri, cinta kepada selain Dia...

Atas Nama Allah....
Karena Allah...
Dan hanya untuk Allah semata-mata...

Setiap orang cintanya masing-masing...
kisah cinta yang sejati..
kepada yang Maha Abadi...
Dan malaikat kemudian akan mencatat jalan hidup kita, menjadi kisah cinta yang abadi..

Itulah dia kebahagiaan yg kita akan dapati setelah kita menjadikan ALLAH sebagai matlamat dalam hidup kita.

Tersenyumlah kalian semuanya :)

Wednesday, December 3, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Lagi Gambar Semasa Majlis Penutup KASEH...



Gambar-gambar yang dirakamkan di sini diambil dari lensa kamera jurugambar kami semasa selesai program KASEH. Sebahagian besarnya merupakan tenaga penggerak utama program KASEH terdiri daripada Pak Long, Ustaz Rojulaini dan para fasilitator. Gambar yang di atas ialah para fasilitator dan krew KASEH bersama Ustaz Rojulaini, juga kelihatan di gambar ialah Pak Long bersama dengan para bapa yang telah menghantar anak-anak mereka ke program KASEH turut gembira dengan program yang dianjurkan ini. dan dua gambar yang akhir sekali ialah barisan para fasilitator dan Urusetia program KASEH. Terima Kaseh Semoga Allah merahmati dan memberkati segala usaha yang anda berikan dengan ganjarannya yang abadi...

Rakaman Lensa Jurukamera KASEH





KASEH, Program Kaunseling UUM, Perjalanan ke HQ..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah baru selesai menghadiri program kaunseling di UUM bersama dengan Tuan Haji Md Yid, Pengetua PLRFTT. Banyak pengetahuan baru dipelajari dan dapat dimanfaatkan. Walaupun keletihan selepas mengharungi sesi marathon bermula dari program PPMI Negeri Kelantan sehinggalah semalam, terlalu banyak ruang untuk diperkemaskan lagi.
Paling menarik perhatian tentang produk PLFSP yang pertama iaitu Program KASEH. Alhamdulillah telah berjaya dilaksanakan dan menepati perancangan pada keseluruhannya. Mungkin impak keseluruhan akan diperolehi selepas balik ke PLFSP nanti dan membuat mesyuarat penutupan program dan post mortemnya. Pada staf di PLFSP, ianya merupakan suatu pengalaman baru yang sepatutnya dihargai dan terus digilap untuk meningkatkan potensi dimasa yang akan datang.
Program KASEH sebenarnya merupakan percubaan pertama menggabungkan Pak Long dengan Ustaz Rojulaini. Program ini juga merupakan program perpisahan antara warga PLFSP dengan Sdr Kharul Azhar yang akan meneruskan sumbangannya sebagai Eksekutif FELCRA Berhad mulai 1 Dis 2008. Terlalu banyak catatan dan coretan berkaitan KASEH yang boleh dirakamkan dengan sama ada melalui pena mahupun wacana IT.. Dan semasa mengikuti program kaunseling yang dianjurkan oleh Pusat Kaunseling UUM, idea ke arah perkembangan program dan idea baru di samping usaha menjayakan visi dan misi FTC boleh dilonjakkan sebaik mungkin.. InsyaAllah dalam perjalanan ke KL hari ini, mungkin ada idea baru yang tercetus lagi untuk dilaksanakan dimasa yang akan datang.. (Program malam ini di Dewan FELDA dan esok pagi kat HQ sebelum ke Hotel Legend untuk sesi bersama Ybhg Dato' CEO). Lepas tu, bersedia untuk sambutan Aidil Adha...Selamat Hari Raya Aidil Adha, semoga iktibar daripada kisah-kisah pengorbanan dari sirah para anbiya' dapat menjiwai hati dan jiwa kita. Wassalam

Friday, November 28, 2008

PROGRAM KASEH 2008

Alhamdulillah, selesai pendaftaran petang tadi seramai 68 orang peserta telah mendaftar untuk menyertai Kem Anak Soleh ataupun KASEH yang terdiri daripada anak-anak remaja dalam linkungan 12 - 17 tahun. Walaupun pada awalnya pihak penganjur menghadkan pendaftaran untuk seramai 50 orang sahaja, namun kesungguhan ibu bapa dan peserta yang hadir menyebabkan pendaftarn terus dibuka sehingga mencecah angka tersebut.

Sesi awal taklimat telah disempurnakan oleh Penyelaras Program En Abd Malek manakala sesi latihan dan training diketuai oleh En Rohaizat Ahmad yang dikenali sebagai Pak Long oleh peserta-peserta KASEH dengan bantuan Ustaz Rojulaini dari Kedah dan Ustaz Zulkarnain, Imam Masjid Al Ansar Bandar Seberang Perak.

Makluman dan pelaporan seterusnya akan menyusul selepas ini

Friday, November 21, 2008

Kem Anak Soleh


Klik gambar dibawak untuk muat turun borang pendaftaran KASEH





Pengenalan

Kem anak Soleh (KASEH) yang berkonsepkan perkhemahan ibadah merupakan sebahagian daripada program yang dirancang oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan PLFSP untuk membentuk generasi muda khususnya sebagai pelapis yang beriman dan berakhlak untuk memikul tanggungjawab agama, bangsa dan negara. Modul ini telah dirangka dengan cuba mengambil kira segala objektif yang telah ditetapkan, latar belakang dan fungsi remaja masakini yang akan menyertai program ini. program ini dilaksanakan secara menarik di dalam memastikan objektif yang di tetapkan tercapai.

Objektif
1. Mencetuskan kesedaran untuk pembinaan peribadi remaja menjadi insan yang Soleh Wa musleh dan seimbang dari aspek mental, fizikal dan spritual.
2. Membentuk jatidiri remaja yang cemerlang serta bersikap bertanggungjawab kepaDA Al-Khaliq, ibu-bapa komuniti dan negara
3. membimbing remaja untuk melaksanakan ibadah secara sah serta menghayati roh ibadah.
4. Melahirkan keinsafan dan menyuburkan kerelaan remaja untuk menghayati Islam secara menyeluruh dalam kehidupan seharian.

Penyertaan Peserta

Peserta adalah golongan Remaja berumur 12 Sehingga 18 Tahun
Yuran adalah RM 55 seorang. Ini adalah harga PROMOSI

Untuk Sebarang Pertanyaan Sila hubungi
05-6551809/0194222057 En. Malek pengarah program KASEH

Tentatif Program PPMI Negeri Kelantan

18 November 2008

7.00 pagi - Meraikan ketibaan peserta Program Pembangunan Minda
Insan (PPMI) Negeri Kelantan.
9.00 pagi - Taklimat mengenai peraturan di PLFSP.
Sesi perkenalan (Ice-Breaking)
*
Peserta melukis gambar teman rapat.
11.00 pagi - Sesi AMLAK 1
*
Peserta diarahkan membentukkan kepada 6 kumpulan dan setiap
kumpulan diwajibkan membina nama kumpulan serta nilai-nilai setiap ahli
kumpulan.
2.15 petang - Sesi AKLU 1 (Aktiviti Luar)
* Wargames Paintball.
Peserta berasa teruja sewaktu bermain paintball kerana ini adalah pertama
kalinya peserta berpeluang
8.45 malam - Sesi AMLAK 2
*
Aktiviti Renungan

19 November 2008
7.00 pagi - Sesi AKTIF 1
* J-Robik yang diketuai oleh Pn.Nor Hayati Bt Usop
8.45 pagi - Sesi AMLAK 3

11.00 pagi - Sesi AMLAK 4
2.30 petang - Sesi AKLU 2
* Peserta dibawa melawat ke Kompleks Pasir Salak. Setibanya disana, peserta
berasa sungguh teruja sewaktu melawat Galeri Perdana Menteri Besar,
Terowong Masa, Rumah Kutai 1 & 2 dan Muzium Keris. Peserta juga dapat
melihat tapak JWW Birch dibunuh oleh penduduk kampung sewaktu beliau
sedang mandi di Sungai Perak.
8.45 malam - Sesi AMLAK 5
* Peserta berkongsi pengalaman sewaktu melawat Kompleks Pasir Salak.

20 November 2008

7.oo pagi - Sesi AKTIF 2
* J-Robik yang diketuai oleh Pn.Nor Hayati Bt Usop.
9.30 pagi - Sesi Penilaian Kursus & Majlis Penutup
* Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Pengurus PLFSP iaitu En.Rohaizat.
Semasa Majlis Penutup, sesi tayangan video tentang perjalanan kursus telah
dipersembahkan. Selain itu, penyerahan sijil dan elaun kepada peserta yang
disampaikan oleh En.Rohaizat. Peserta juga turut mendapat hamper diatas
kejayaan menjalankan aktiviti di dalam kumpulan serta wargames paintball.







Wednesday, November 12, 2008

Kejohanan Paintball PLFSP



Pusat Latihan Seberang Perak akan mengadakan Kursus Marshalling Dan Kejohanan Paintball Tertutup PLFSP.

Tentatif Program Adalah Seperti Berikut :-

Kursus Asas Paintball Dan Marshalling
21 - 22 November 2008

*Yuran pendaftaran RM 400/Orang termasuk minum malam, minum pagi dan makan tengahari (tidak termasuk penginapan)
*Sijil Dikeluarkan Oleh Persatuan Marshall Paintball Malaysia
*Penerima Sijil Layak Untuk ke Level 2 iaitu Menjadi Marshall Bagi Liga Paintball Malaysia

Kejohanan Paintball Tertutup PLFSP
22 - 23 November 2008

*Yuran pendaftaran RM 250/Pasukan tidak termasuk penginapan dan makan
*Minima ahli pasukan adalah 5 orang + 1 simpanan
*Terbuka Kepada Warga FELCRA BERHAD




Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-

Kharul Azhar Esak
05-6551809/019-2412752

Monday, September 29, 2008

Diet Pemakanan Nabi

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

  • CARA MAKAN
  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI..
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
    Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... ......... .
    Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
  • Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
    amalan antara lain:
  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

    Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
    WallahuA'lam
    Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..

Tentang PLFSP