Saturday, August 29, 2009

KENANGAN DALAM SEBUAH PELAYARAN




Alhamdulillah, semua warga Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak selamat sampai ke destinasi selepas selama tiga hari dua malam berlayar dalam misi dan visi memperkukuhkan jatidiri warga ke arah memperkukuhkan organisasi. Pengalaman menyertai program ini amat mengesankan dengan pelbagai catatan peristiwa yang di lalui. Susah untuk dicatatkan disini namun bagi yang melaluinya pastinya, telah membawa pelbagai kenangan terindah dan menarik serta cukup menginsafkan diri masing-masing.

Aku bukannya tak biasa melalui program seperti ini apatah lagi setiap program kursus yang dijayakan oleh En Rohaizat aku akan menjadi pembantunya bersama-sama teman-teman yang lain dari unit Latihan. Namun pengalaman mengikuti program ini tetap berbeza dengan apa yang pernah kami lalui bersama.

Sejak awal lagi, kami dibawa dengan satu mindset bahawa kami akan memulakan sebuah pelayran ke destinasi pulau harapan. Lagu tema Pulau Harapan dengan latar belakang lagu terkenal menjadi tema pengembaraan kami. Segala aktiviti dan games semuanya diatur dengan mengambilkira latarbelakang tersebut. Pengalaman kumpulan kami mengatur strategi untuk mencari bahan makanan di pulau berhampiran ketika kehabisan bekalan di dapur amat menyeronokkan. Bukan sekadar berfikir dan mencari jalan untuk menjayakan task itu tapi tak dapat bayangkan bagaiman kami bertujuh dapat menaiki kapal tersebut belayar..dengan berat hampir 500kg.

Dan pengalaman yang terindah adalah ketika sesi terakhir semasa semua peserta dimaklumkan bahwa ribut taufan akan melanggar kapal dan mengkaramkannya. Detik perjalanan dan setting yang dilakukan begitu mencemaskan sehingga akhir sekali semua baru sedar bahawa tak ada lagi harapan kecuali menerima takdir sebuah kematian! Suasana menjadi begitu hening dan pilu serta penuh emosional dan pada seuatu ketika terasa peserta menjadi semakin emosi dan tak terkawal. Alhamdulillah, semuanya baik dan tiada yang dapat dicatatkan disini pengalaman indah tersebut selama 1jam setengah kecuali yang melaluinya.

Alhamdulillah, kami menyertai program ini dengan pelbagai kisah namun pengakhiranya adalah semangat kebersamaan dan hubungan kepada Allah. Ramadhan menjadikan kami lebih teruja dan lebih fokus ke arah mempastikan PLFSP terus berjaya dan cemerlang. Tahniah PLFSP dan tahniah kepada En Rohaizat dan pembantu beliau Raihan.. Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment

Tentang PLFSP