Thursday, February 25, 2010

Gerbang Ilmu Saidina Ali.

Rasulullah saw pernah bersabda di hadapan para sahabat, kata baginda “Aku adalah kota ilmu, sedang Ali adalah pintu gerbangnya”. Semasa zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, golongan Khawarij meragui kearifan Saidina Ali, justeru 10 orang telah bersemuka dengan Saidina Ali bertanyakan 10 soalan yang sama kepada beliau. “Hai Saidina Ali, yang mana lebih utama, ilmu dengan harta?” Tanya orang pertama. Jawab Saidina Ali “Ilmu lebih utama dari harta, ilmu adalah pusaka para nabi, sedang harta adalah pusaka Karun, Sadad dan Firaun”

Bertanya orang kedua kepada Saidina Ali dengan soalan yang sama. Jawab Saidina Ali “Ilmu lebih utama dari harta, ilmu itu menjagamu tetapi harta engkau harus menjaganya”. Jawapan Saidina Ali kepada orang ketiga “Harta itu jika engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu engkau jika engkau tasarrufkan malah bertambah”. Jawapan kepada Panel keempat “Pemilik harta disebut dengan nama bakhil dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemulian”. Jawapan kepada panel kelima pula “Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak” keenam “Ilmu lebih utama daripada harta kerana harta harus dijaga dari pencuri sedangkan ilmu tidak perlu”

Jawapan ketujuh “Ilmu lebih utama dari harta kerana di akhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafa’at”. Jawapan kelapan “Harta akan hancur ditelan timbunan zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah ditimbun zaman”. Jawapan kesembilan “Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu membuat hati menjadi bercahaya”. Jawapan kesepuluh dari Saidina Ali “Pemilik harta dapat mengaku menjadi Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu justeru mengaku sebagai hamba kerana ilmunya”. Kemudian Saidina Ali menjelaskan kepada kesepuluh golongan tersebut, katanya “Jika kamu menanyakan lagi tentang hal itu, akan aku jawab dengan jawapan yang berbeza-beza selama aku masih hidup”...

Ringkasan dari buku “51 Kisah-Kisah Benar” Ahmad Najieh: Pustaka Syuhada.

~shj~

PESANAN Imam Ghazali Untuk Kita Kongsikan Bersama...

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati (Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


~shj~

Tentang PLFSP