Monday, April 13, 2009

Berita Bergambar : Walk-In Paintball Wargames (12/04/2009)

Satu sesi Paintball Wargames secara Walk-In telah dilaksanakan pada 12/04/2009 (Ahad). Sesi ini telah dihadiri serama 18 orang remaja berbangsa Cina dari daerah Teluk Intan. 4000 pellet telah digunakan dalam WARGAMES (Base Flag) yang mana ia telah dikawal selia oleh MARSHAL yang berdaftar dengan Persatuan Marshal Malaysia iaitu Roshahrin, Najib, Toni, Ismail, Haliza, Ekin dan Sabri. Tempoh masa yang digunakan sepanjang sesi Paintball Wargames ini ialah selama 2 jam 30 minit. Para pemain (PLAYER) telah diberi tunjuk ajar, taklimat dan makluman peraturan permainan oleh MARSHAL sebelum sesi dimulakan.
++
GAMBAR AKTIVITI


Gambar dari luar (jaring) padang

"YOU OUT" - Sudah kena tembak

Mencari sasaran di pihak lawan

Mengatur strategi atau menyorok??

Bersedia untuk bertempur

"PLAYER READY......"

Taklimat peraturan permainan oleh MARSHAL

PLAYER junior - cuma buat "shooting range"


Persediaan marker - bahagian teknikal.

Friday, April 10, 2009

Kursus Pengurusan Institusi Berasaskan ICT Siri 01/09

Peserta Kursus Bersama Barisan Tenaga Pengajar PLFSP & INFRA


Makluman Kursus Kepada Umum

++

Alhamdulillah selesai sudah Kursus ICT anjuran INFRA yang berlangsung pada 06 - 09 April, 2009. Kursus ini telah dihadiri seramai 33 orang yang terdiri daripada JKKK, Belia dan Beliawanis dari daerah Arau / Padang Besar, Perlis.

Kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar INFRA dan PLFSP. Antara pegawai yang terlibat ialah En. Ridzuan, En. Yusairi Amir, En. Kharul Azhar, Cik Siti Haliza dan En. Abdul Malek. Peserta kursus telah dibahagikan kepada 2 kumpulan yang menggunakan Makmal Komputer 1 dan Makmal Komputer 2. Kelancaran proses pembelajaran peserta turut dibantu oleh fasilitator PLFSP iaitu En. Toni, En. Najib dan En. Omar.


OBJEKTIF KURSUS
:

1. Memberi pendedahan ICT kepada pemimpin akar umbi/JKKK/JKKR bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.

2. Meningkatkan Penggunaan dan penguasaan komputer di kalangan JKKK/R terutama di dalam melaksanakan tugas seharian.

3. Memperkenalkan peserta kepada asas menghasilkan pesembahan dalam bentuk multimedia dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint.

4. Meningkatkan kemahiran menggunakan perkhidmatan internet.


KANDUNGAN KURSUS :
- Pengenalan Kepada Komputer
- Windows XP
- Microsoft Words
- Microsoft Excel
- Microsoft PowerPoint
- Aplikasi Internet

Tuesday, April 7, 2009

Cerita Bergambar : Program Keusahawanan Generasi Kedua FELCRA Berhad

Sesi Perkongsian Ilmu Keusahawanan Oleh Tuan Haji Azmy Ibrahim (FELCRA Berhad)

Pembentangan Perancangan Perniagaan Oleh Kumpulan Peserta

Sesi Lawatan Ke Bengkel Labu Sayong Di Tg Bidara


Maklumat Diberikan Oleh Pekerja Bengkel Labu Sayong


Lawatan Ke Kilang Roti Segar, Titi Gantong

Sesi Bergambar Bersama Peserta, Fasilitator UKM, Dr. Norasmah Dan Urusetia Program

++

Alhamdulillah program yang telah dirancangkan melalui kerjasama UKM dan FELCRA berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Thursday, March 26, 2009

Program Kampung Angkat FELCRA Berhad Seberang Perak Dengan Kerjasama Unit Pembahagian Pusaka



Pada 24/03/2009 (Selasa) telah diadakan satu program khas di antara Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak bersama FELCRA Berhad Wilayah Perak dengan kehadiran peserta seramai 200 orang. Para peserta terdiri daripada waris - waris yang masih belum menyelesaikan proses bicara kuasa berkenaan pembahagian harta pusaka. Terdapat waris yang masih dibelenggu masalah warisan harta pusaka yang telah berlanjutan hampir 30 tahun.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi maklumat dan kaedah yang bersesuaian bagi membantu waris supaya boleh menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka.


INFO :

Harta Pusaka Kecil


Tafsiran yang diberikan dibawah seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 600,000 pada tarikh permohonan dibuat. Tanpa terikat kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta simati orang-orang bukan Islam yang mengandungi wasiat dibawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959 bukan lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil. Ia dianggap sebagai pusaka besar dan menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun peruntukan tersebut tidak boleh dipakai bagi kematian seorang Islam kerana ianya bertentangan dengan syarat dan peraturan pewasiatan dalam Islam


Cara Membuat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil

Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam borang khas iaitu borang A.

Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:

1. Bukti Kematian

a) Salinan surat perakuan kematian / permit menguburkan; atau
b) Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan ( bagi kematian semasa pendudukan Jepun / sebelumnya); atau
c) Perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, Tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan
d) Perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian.


2. Salinan Hakmilik

Salinan hakmilik yang diakui sah oleh pejabat tanah atau perakuan carian rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati, surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan;


3. Salinan Dokumen Harta-Harta Alih:

Seperti salinan sijil saham, salinan buku simpanan, salinan penyata kwsp dan sebagainya (jika ada).

Siapakah yang berhak memohon?

Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:

a) Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak laki-laki atau perempuan, ibu atau bapa, majlis agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya;
b) Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
c) Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
d) Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
e) Amanah Raya Berhad.


Menghadiri pembicaraan.

a) Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan :
b) Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir di hari pembicaraan.
c) Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi secara bersumpah atau berikrar.

Saturday, March 21, 2009

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)




Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang ini sedang berlangsung di PLF Seberang Perak pada 21 hingga 22 Mac, 2009.


Kehadiran peserta ialah seramai 22 orang dan dikendalikan oleh PJS / PJE seramai 8 orang.


Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat.

Tentang PLFSP