Wednesday, May 6, 2009

Wacana Ilmu : 10 Soalan Untuk Ali Bin Abu Talib


Pada suatu hari, sepuluh orang dari kaum Khawarij bertemu dengan Ali bin Abi Talib untuk bertanyakan beberapa soalan. Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya bertujuan untuk menguji kehebatan Ali sama ada ia bertepatan dengan satu hadis Nabi iaitu: “Aku ini kotanya ilmu pengetahuan dan Ali adalah sebagai pintunya.”

Sebaik sahaja bertemu Ali, mereka dilayan dengan begitu baik. Salah seorang dari mereka kemudian membuka mulut dan berkata, “Wahai Ali, kami yang datang seramai sepuluh orang ini adalah dihantar oleh kaum kami untuk mengajukan pertanyaan kepadamu. Kami akan bertanya secara bergilir-gilir dan jawapan yang kamu berikan itu akan kami bawa pulang kepada kaum kami.”

“Baiklah, apakah soalannya?” Ali kemudian menjawab.

“Wahai Ali, yang manakah lebih mulia, ilmu pengetahuan atau harta benda, dan apakah sebabnya?” tanya orang pertama.

Lalu Ali menjawab, “Ilmu pengetahuan itu adalah warisan para nabi, sedangkan harta kekayaan adalah warisan daripada Qarun, Syadad dan lain-lain. Oleh kerana itu, ilmu pengetahuan lebih mulia daripada harta benda.”

Kemudian orang kedua pula bertanya, “Manakah yang lebih mulia, ilmu pengetahuan atau harta benda, dan jelaskan sebab-sebabnya?”

“Ilmu lebih mulia daripada harta, kerana ilmulah yang menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta, si pemiliknya lah yang memelihara dan menjaganya,” jawab Ali.

Setelah Ali berjaya menjawab soalan daripada orang pertama dan kedua, orang ketiga, keempat, kelima, hingga kesepuluh bergilir menanyakan soalan, sama seperti yang diajukan oleh orang pertama dan kedua.

Kepada orang yang ketiga, Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana orang yang berilmu banyak sahabatnya, sedangkan orang yang banyak hartanya lebih banyak musuhnya.”

Kepada orang yang keempat, Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu bila disebarkan atau diajarkan akan bertambah sedangkan harta kalau diberikan kepada orang lain akan berkurangan.”

Kepada orang yang kelima, Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta, kerana ilmu tidak dapat dicuri, sedangkan harta benda mudah dicuri dan dapat lenyap.”

Kepada orang yang keenam, Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu tidak akan rosak binasa, sedangkan harta kekayaan boleh lenyap dan habis akibat masa dan usia.”

Kepada orang yang ketujuh Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu tidak ada batasnya, sedangkan harta benda ada batasnya dan dapat dihitung jumlahnya.”

Kepada orang yang kelapan Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu memberi dan memancarkan sinar kebaikan, menjernihkan fikiran dan hati serta menenangkan jiwa, sedangkan harta kekayaan pada umumnya dapat menggelapkan jiwa dan hati pemiliknya.”

Kepada orang yang kesembilan Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana orang yang berilmu mencintai kebajikan dan kata-katanya mulia seperti orang yang warak, sedangkan orang yang berharta boleh menjadi melarat dan lebih cenderung kepada sifat-sifat kikir dan bakhil.”

Akhirnya kepada orang yang kesepuluh Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia dan lebih utama daripada harta kekayaan kerana orang yang berilmu lebih terdorong untuk mencintai Allah, sedangkan harta benda hanya membangkitkan rasa sombong, bongkak dan takbur.”

Kemudian Ali menyambung dengan membaca ayat Al-Quran dari Surah Al Mujaadilah (58:11) yang bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Sepuluh orang kaum Khawarij itu menjadi kagum kerana satu pertanyaan mereka dapat dijawab oleh Ali dengan sepuluh jawapan yang berbeza. Selepas itu, mereka pulang menemui kaum mereka dengan perasaan puas serta bertambah yakin bahawa Khalifah Ali benar-benar seperti yang dikatakan oleh Nabi, iaitu sebagai pintu gerbang ilmu.

Sepintas Lalu Aktiviti Abseiling

Akhirnya berjaya meneruni menara...

Jurulatih sabar menunggu pelatih menaiki tangga menara
1.. 2.. 3.. langkah di atur berhati - hati menuju ke puncak menara setinggi 40 kaki

Sesi taklimat oleh Jurulatih sebagai persediaan sebelum memulakan aktiviti

Jurulatih meninjau dan menguji keselamatan sebelum aktiviti dimulakan

++

Aktiviti abseiling telah dilaksanakan oleh sekumpulan pelajar Kolej Komuniti Pasir Salak seramai 15 orang. Aktiviti ini merupakan sebahagian kursus wajib bagi pelajar tersebut dalam Kursus Asas Pengendalian Tali. Jurulatih yang mengawal selia aktiviti abseiling tersebut ialah En. Fahmy (Pej. Belia & Sukan Kg Gajah) dan Cik Sharifah Azian - Pensyarah Kolej Komuniti Pasir Salak).

Monday, April 13, 2009

Berita Bergambar : Walk-In Paintball Wargames (12/04/2009)

Satu sesi Paintball Wargames secara Walk-In telah dilaksanakan pada 12/04/2009 (Ahad). Sesi ini telah dihadiri serama 18 orang remaja berbangsa Cina dari daerah Teluk Intan. 4000 pellet telah digunakan dalam WARGAMES (Base Flag) yang mana ia telah dikawal selia oleh MARSHAL yang berdaftar dengan Persatuan Marshal Malaysia iaitu Roshahrin, Najib, Toni, Ismail, Haliza, Ekin dan Sabri. Tempoh masa yang digunakan sepanjang sesi Paintball Wargames ini ialah selama 2 jam 30 minit. Para pemain (PLAYER) telah diberi tunjuk ajar, taklimat dan makluman peraturan permainan oleh MARSHAL sebelum sesi dimulakan.
++
GAMBAR AKTIVITI


Gambar dari luar (jaring) padang

"YOU OUT" - Sudah kena tembak

Mencari sasaran di pihak lawan

Mengatur strategi atau menyorok??

Bersedia untuk bertempur

"PLAYER READY......"

Taklimat peraturan permainan oleh MARSHAL

PLAYER junior - cuma buat "shooting range"


Persediaan marker - bahagian teknikal.

Friday, April 10, 2009

Kursus Pengurusan Institusi Berasaskan ICT Siri 01/09

Peserta Kursus Bersama Barisan Tenaga Pengajar PLFSP & INFRA


Makluman Kursus Kepada Umum

++

Alhamdulillah selesai sudah Kursus ICT anjuran INFRA yang berlangsung pada 06 - 09 April, 2009. Kursus ini telah dihadiri seramai 33 orang yang terdiri daripada JKKK, Belia dan Beliawanis dari daerah Arau / Padang Besar, Perlis.

Kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar INFRA dan PLFSP. Antara pegawai yang terlibat ialah En. Ridzuan, En. Yusairi Amir, En. Kharul Azhar, Cik Siti Haliza dan En. Abdul Malek. Peserta kursus telah dibahagikan kepada 2 kumpulan yang menggunakan Makmal Komputer 1 dan Makmal Komputer 2. Kelancaran proses pembelajaran peserta turut dibantu oleh fasilitator PLFSP iaitu En. Toni, En. Najib dan En. Omar.


OBJEKTIF KURSUS
:

1. Memberi pendedahan ICT kepada pemimpin akar umbi/JKKK/JKKR bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.

2. Meningkatkan Penggunaan dan penguasaan komputer di kalangan JKKK/R terutama di dalam melaksanakan tugas seharian.

3. Memperkenalkan peserta kepada asas menghasilkan pesembahan dalam bentuk multimedia dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint.

4. Meningkatkan kemahiran menggunakan perkhidmatan internet.


KANDUNGAN KURSUS :
- Pengenalan Kepada Komputer
- Windows XP
- Microsoft Words
- Microsoft Excel
- Microsoft PowerPoint
- Aplikasi Internet

Tuesday, April 7, 2009

Cerita Bergambar : Program Keusahawanan Generasi Kedua FELCRA Berhad

Sesi Perkongsian Ilmu Keusahawanan Oleh Tuan Haji Azmy Ibrahim (FELCRA Berhad)

Pembentangan Perancangan Perniagaan Oleh Kumpulan Peserta

Sesi Lawatan Ke Bengkel Labu Sayong Di Tg Bidara


Maklumat Diberikan Oleh Pekerja Bengkel Labu Sayong


Lawatan Ke Kilang Roti Segar, Titi Gantong

Sesi Bergambar Bersama Peserta, Fasilitator UKM, Dr. Norasmah Dan Urusetia Program

++

Alhamdulillah program yang telah dirancangkan melalui kerjasama UKM dan FELCRA berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Tentang PLFSP