Wednesday, December 3, 2008

KASEH, Program Kaunseling UUM, Perjalanan ke HQ..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah baru selesai menghadiri program kaunseling di UUM bersama dengan Tuan Haji Md Yid, Pengetua PLRFTT. Banyak pengetahuan baru dipelajari dan dapat dimanfaatkan. Walaupun keletihan selepas mengharungi sesi marathon bermula dari program PPMI Negeri Kelantan sehinggalah semalam, terlalu banyak ruang untuk diperkemaskan lagi.
Paling menarik perhatian tentang produk PLFSP yang pertama iaitu Program KASEH. Alhamdulillah telah berjaya dilaksanakan dan menepati perancangan pada keseluruhannya. Mungkin impak keseluruhan akan diperolehi selepas balik ke PLFSP nanti dan membuat mesyuarat penutupan program dan post mortemnya. Pada staf di PLFSP, ianya merupakan suatu pengalaman baru yang sepatutnya dihargai dan terus digilap untuk meningkatkan potensi dimasa yang akan datang.
Program KASEH sebenarnya merupakan percubaan pertama menggabungkan Pak Long dengan Ustaz Rojulaini. Program ini juga merupakan program perpisahan antara warga PLFSP dengan Sdr Kharul Azhar yang akan meneruskan sumbangannya sebagai Eksekutif FELCRA Berhad mulai 1 Dis 2008. Terlalu banyak catatan dan coretan berkaitan KASEH yang boleh dirakamkan dengan sama ada melalui pena mahupun wacana IT.. Dan semasa mengikuti program kaunseling yang dianjurkan oleh Pusat Kaunseling UUM, idea ke arah perkembangan program dan idea baru di samping usaha menjayakan visi dan misi FTC boleh dilonjakkan sebaik mungkin.. InsyaAllah dalam perjalanan ke KL hari ini, mungkin ada idea baru yang tercetus lagi untuk dilaksanakan dimasa yang akan datang.. (Program malam ini di Dewan FELDA dan esok pagi kat HQ sebelum ke Hotel Legend untuk sesi bersama Ybhg Dato' CEO). Lepas tu, bersedia untuk sambutan Aidil Adha...Selamat Hari Raya Aidil Adha, semoga iktibar daripada kisah-kisah pengorbanan dari sirah para anbiya' dapat menjiwai hati dan jiwa kita. Wassalam

Friday, November 28, 2008

PROGRAM KASEH 2008

Alhamdulillah, selesai pendaftaran petang tadi seramai 68 orang peserta telah mendaftar untuk menyertai Kem Anak Soleh ataupun KASEH yang terdiri daripada anak-anak remaja dalam linkungan 12 - 17 tahun. Walaupun pada awalnya pihak penganjur menghadkan pendaftaran untuk seramai 50 orang sahaja, namun kesungguhan ibu bapa dan peserta yang hadir menyebabkan pendaftarn terus dibuka sehingga mencecah angka tersebut.

Sesi awal taklimat telah disempurnakan oleh Penyelaras Program En Abd Malek manakala sesi latihan dan training diketuai oleh En Rohaizat Ahmad yang dikenali sebagai Pak Long oleh peserta-peserta KASEH dengan bantuan Ustaz Rojulaini dari Kedah dan Ustaz Zulkarnain, Imam Masjid Al Ansar Bandar Seberang Perak.

Makluman dan pelaporan seterusnya akan menyusul selepas ini

Friday, November 21, 2008

Kem Anak Soleh


Klik gambar dibawak untuk muat turun borang pendaftaran KASEH





Pengenalan

Kem anak Soleh (KASEH) yang berkonsepkan perkhemahan ibadah merupakan sebahagian daripada program yang dirancang oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan PLFSP untuk membentuk generasi muda khususnya sebagai pelapis yang beriman dan berakhlak untuk memikul tanggungjawab agama, bangsa dan negara. Modul ini telah dirangka dengan cuba mengambil kira segala objektif yang telah ditetapkan, latar belakang dan fungsi remaja masakini yang akan menyertai program ini. program ini dilaksanakan secara menarik di dalam memastikan objektif yang di tetapkan tercapai.

Objektif
1. Mencetuskan kesedaran untuk pembinaan peribadi remaja menjadi insan yang Soleh Wa musleh dan seimbang dari aspek mental, fizikal dan spritual.
2. Membentuk jatidiri remaja yang cemerlang serta bersikap bertanggungjawab kepaDA Al-Khaliq, ibu-bapa komuniti dan negara
3. membimbing remaja untuk melaksanakan ibadah secara sah serta menghayati roh ibadah.
4. Melahirkan keinsafan dan menyuburkan kerelaan remaja untuk menghayati Islam secara menyeluruh dalam kehidupan seharian.

Penyertaan Peserta

Peserta adalah golongan Remaja berumur 12 Sehingga 18 Tahun
Yuran adalah RM 55 seorang. Ini adalah harga PROMOSI

Untuk Sebarang Pertanyaan Sila hubungi
05-6551809/0194222057 En. Malek pengarah program KASEH

Tentatif Program PPMI Negeri Kelantan

18 November 2008

7.00 pagi - Meraikan ketibaan peserta Program Pembangunan Minda
Insan (PPMI) Negeri Kelantan.
9.00 pagi - Taklimat mengenai peraturan di PLFSP.
Sesi perkenalan (Ice-Breaking)
*
Peserta melukis gambar teman rapat.
11.00 pagi - Sesi AMLAK 1
*
Peserta diarahkan membentukkan kepada 6 kumpulan dan setiap
kumpulan diwajibkan membina nama kumpulan serta nilai-nilai setiap ahli
kumpulan.
2.15 petang - Sesi AKLU 1 (Aktiviti Luar)
* Wargames Paintball.
Peserta berasa teruja sewaktu bermain paintball kerana ini adalah pertama
kalinya peserta berpeluang
8.45 malam - Sesi AMLAK 2
*
Aktiviti Renungan

19 November 2008
7.00 pagi - Sesi AKTIF 1
* J-Robik yang diketuai oleh Pn.Nor Hayati Bt Usop
8.45 pagi - Sesi AMLAK 3

11.00 pagi - Sesi AMLAK 4
2.30 petang - Sesi AKLU 2
* Peserta dibawa melawat ke Kompleks Pasir Salak. Setibanya disana, peserta
berasa sungguh teruja sewaktu melawat Galeri Perdana Menteri Besar,
Terowong Masa, Rumah Kutai 1 & 2 dan Muzium Keris. Peserta juga dapat
melihat tapak JWW Birch dibunuh oleh penduduk kampung sewaktu beliau
sedang mandi di Sungai Perak.
8.45 malam - Sesi AMLAK 5
* Peserta berkongsi pengalaman sewaktu melawat Kompleks Pasir Salak.

20 November 2008

7.oo pagi - Sesi AKTIF 2
* J-Robik yang diketuai oleh Pn.Nor Hayati Bt Usop.
9.30 pagi - Sesi Penilaian Kursus & Majlis Penutup
* Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Pengurus PLFSP iaitu En.Rohaizat.
Semasa Majlis Penutup, sesi tayangan video tentang perjalanan kursus telah
dipersembahkan. Selain itu, penyerahan sijil dan elaun kepada peserta yang
disampaikan oleh En.Rohaizat. Peserta juga turut mendapat hamper diatas
kejayaan menjalankan aktiviti di dalam kumpulan serta wargames paintball.







Wednesday, November 12, 2008

Kejohanan Paintball PLFSP



Pusat Latihan Seberang Perak akan mengadakan Kursus Marshalling Dan Kejohanan Paintball Tertutup PLFSP.

Tentatif Program Adalah Seperti Berikut :-

Kursus Asas Paintball Dan Marshalling
21 - 22 November 2008

*Yuran pendaftaran RM 400/Orang termasuk minum malam, minum pagi dan makan tengahari (tidak termasuk penginapan)
*Sijil Dikeluarkan Oleh Persatuan Marshall Paintball Malaysia
*Penerima Sijil Layak Untuk ke Level 2 iaitu Menjadi Marshall Bagi Liga Paintball Malaysia

Kejohanan Paintball Tertutup PLFSP
22 - 23 November 2008

*Yuran pendaftaran RM 250/Pasukan tidak termasuk penginapan dan makan
*Minima ahli pasukan adalah 5 orang + 1 simpanan
*Terbuka Kepada Warga FELCRA BERHAD




Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-

Kharul Azhar Esak
05-6551809/019-2412752

Tentang PLFSP