Thursday, February 25, 2010

Gerbang Ilmu Saidina Ali.

Rasulullah saw pernah bersabda di hadapan para sahabat, kata baginda “Aku adalah kota ilmu, sedang Ali adalah pintu gerbangnya”. Semasa zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, golongan Khawarij meragui kearifan Saidina Ali, justeru 10 orang telah bersemuka dengan Saidina Ali bertanyakan 10 soalan yang sama kepada beliau. “Hai Saidina Ali, yang mana lebih utama, ilmu dengan harta?” Tanya orang pertama. Jawab Saidina Ali “Ilmu lebih utama dari harta, ilmu adalah pusaka para nabi, sedang harta adalah pusaka Karun, Sadad dan Firaun”

Bertanya orang kedua kepada Saidina Ali dengan soalan yang sama. Jawab Saidina Ali “Ilmu lebih utama dari harta, ilmu itu menjagamu tetapi harta engkau harus menjaganya”. Jawapan Saidina Ali kepada orang ketiga “Harta itu jika engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu engkau jika engkau tasarrufkan malah bertambah”. Jawapan kepada Panel keempat “Pemilik harta disebut dengan nama bakhil dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemulian”. Jawapan kepada panel kelima pula “Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak” keenam “Ilmu lebih utama daripada harta kerana harta harus dijaga dari pencuri sedangkan ilmu tidak perlu”

Jawapan ketujuh “Ilmu lebih utama dari harta kerana di akhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafa’at”. Jawapan kelapan “Harta akan hancur ditelan timbunan zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah ditimbun zaman”. Jawapan kesembilan “Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu membuat hati menjadi bercahaya”. Jawapan kesepuluh dari Saidina Ali “Pemilik harta dapat mengaku menjadi Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu justeru mengaku sebagai hamba kerana ilmunya”. Kemudian Saidina Ali menjelaskan kepada kesepuluh golongan tersebut, katanya “Jika kamu menanyakan lagi tentang hal itu, akan aku jawab dengan jawapan yang berbeza-beza selama aku masih hidup”...

Ringkasan dari buku “51 Kisah-Kisah Benar” Ahmad Najieh: Pustaka Syuhada.

~shj~

PESANAN Imam Ghazali Untuk Kita Kongsikan Bersama...

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati (Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


~shj~

Monday, February 15, 2010

CATATAN KEMBARA JIWA ..JANUARI 2010



Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar, sebuah latihan kejiwaan yang bukan sekadar menguji kekuatan fizikal (endurance) tetapi juga tiga lingkungan aset diri yang dimiliki iaitu IQ, EQ dan SQ..Biarlah aku mulakan dengan berkumpulnya kami semua di Hotel Flamingo bagi melaksnakan tugas sebagai ATS bagi program ESQ In House FELCRA Angkatan 2. Taklimat awal oleh En Rohaizat menjelaskan bahawa pengalaman selama 3 hari (19 - 21 JANUARI) yang akan kami lalui bukannya satu tugas yang biasa-biasa, malah ianya sebenarnya adalah sebuah latihan pembangunan diri buat kami untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Terima kasih kepada Kak Raha yang menjadi Ketua logistik yang telah membantu kami dengan melayan segala kerenah yang kami timbulkan dengan penuh kesabaran.

Dan kami bertemu dengan teman baru ATS Kak Mai dan Abang Azla.. yang selaps 3 hari bersama mereka.. aduh terlalu banyak pengalaman berharga yang dapt dikutip untuk bekalan seterusnya. Sentiasa ceria dan senyunm semetri dan sering memberi tunjuuk ajar menjadikan tempoh 3 hari yang dilalui adalah suatu yang amat berharga.

Kami semakin mengenali Kak Ana yang telah diamanhkan sebagai Ketua ATS Angkatan 2. Ternyata Kak Ana layak memikulkan tugasan tersebut dengan sifat penuh tanggungjawab dan kepimpinan yang layak dipuji.. Apatah lagi kami disertai oleh team baru seperti En Bakar yang sudah cukup berpengalaman dalam hidup ini cuma junior dari segi pengalaman ESQ/ATS.

Dan semuanya berjalan lancar dan amat menyeronokkan dan sudah pastinya terima kasih pada En Rohaizat yang sepanjang tempoh program mengorbankan masanya bersama-sama kami bagi memamstikan semuanya berjalan lancar.. Dan selepas itu, kembara kami diteruskan dgn melalui tempoh transit seterusnya di Putrajaya.. dan lokasinya di P14.. Kenangan yang amat indah dan menarik untuk disimpan dalam kotak kenangan kami..

Perjalanan pada 24 hb seterusnya ke Tebing Tinggi Johor untuk program khas pembangunan penguursan diri warga PLRFTT cemerlang.. dan majlis pembukaannya kami menikmati masakan istimewa Hajjah Jamaliah di Segamat.. Boleh disharingkan namun pengalaman menikmatinya tak dapat dinyatakan di sini kecuali bagi yang telah merasakan.. dan kami tetap bersedia untuk program selanjutnya esok yang akan dipandu dan diterajui oleh En Rohaizat...Bersambung....

Thursday, February 11, 2010

Penggunaan Minda Sedar dan Separa Sedar

Minda sedar dan minda bawah sedar yang kita miliki boleh dimaksimakan penggunaannya.Saya ingin berkongsi teknik menggunakan kedua-dua pasang minda tersebut dengan cara yang kreatif.

Ada 5 langkah praktikal:-

1. Sediakan sebuah buku impian anda. Senaraikan impian,matlamat dan cita-cita anda.Baiklah ,sekarang anda telahpun memilih impian anda.Pastikan matlamat yang ditulis adalah jelas iaitu jika pendapatan bulanan nyatakan jumlahnya misalnya RM10 000 sebulan, jika berat badan ideal nyatkan misalnya 56kg atau jika kereta nyatakan jenisnya dan harganya. Senaraikan apa sahaja impian anda dan paling penting nyatakan apakah faedah dan sebab kepentingan nilaian bahawa anda mesti memiliki impian anda. Tanpa sebab yang kukuh minda anda tidak dapat beroperasi secara sepenuhnya.
Untuk memantapkan impian anda maka carilah gambar impian anda yang bersesuaian, cerita contoh kejayaan model yang anda minati atau kata-kata yang ada kaitan dengan impian anda. Tampalkan dalam buku impian anda seperti buku skrap.Tujuannya adalah setiap hari terutamanya sebelum tidur atau bangun dari tidur anda dapat tatapi buku impian anda. Seelok-eloknya tataplah ia 5 kali sehari.

2.Fokus dan berikan penumpuan pada setiap satu impian anda.
a) Apabila fokus anda jelas, kemukakan selalu soalan BAGAIMANA CARA anda ingin jadikan impian anda satu kenyataan.
b) Tuliskan dan senaraikan apa sahaja idea langkah-langkah yang akan anda lakukan. Jangan buat apa-apa penilaian dahulu. Cuma tulis sahaja sama ada logik atau tidak apa sahaja yang terlintas di fikiran.
c) Dapatkan ilmu pengetahuan atau bertanya dengan orang yang telah berjaya mencapai impian yang sama seperti yang anda impikan.Sertai seminar, baca majalah ,buku, dengar audio tentang bagaimana orang-orang yang telah berjaya capai impian mereka. anda boleh tiru cara mereka. Duplikasikan.
d) Senaraikan apa yang anda miliki dari segi sumber,ilmu, modal dan apa yang anda perlu ada dan senaraikan halangan-halangan yang dijangka dan cuba cari penyelesaiannya.

3. Anda perlu berada di dalam minda alpha. Lakukan meditasi, kosongkan minda dan biarkan minda anda terapung untuk penerokaan potensi diri. Biarkan minda anda mencari penyelesaian terhadap permasalahan dan halangan . Dalam keadaan sedar ,sentiasa tanya Bagaimana...bagaimana... bagaimana? guna 5 pancaindera dan pancaindera yang ke 6 (Sixth sense) -rasa gerak hati pada persekitaran anda bagi menghidu peluang yang ada di sekeliling anda dan bagi menemui jawapan-jawapan permasalahan dan halangan capai impian anda.Anda pasti akan menemui jawapannya yang telah disediakan oleh Allah

4.Raptai minda. Gambarkan dengan sejelas-jelasnya dalam minda anda bahawa anda 'telah' dan sedang menikmati kejayaan-kejayaan anda. 'Lihatlah diri anda, dengarkan suara-suara kejayaan dan rasakan getaran emosi positif akan kegembiraan yang anda nikmati dengan rasa syukur dan berterima kasih dan jangan lupa dalam kegembiraan anda bayangkan juga sifat anda yang pemurah berkongsi kejayaan dengan orang lain di mana jika anda memiliki kejayaan anda amat gemar untuk menolong orang lain dengan pemberian dari anda kepada mereka.Amalkan sentiasa pada raptai minda anda supaya anda boleh menarik persekitaran tersebut dalam kehidupan seharian anda.

5. langkah yang paling penting ialah lakukan apa sahaja yang telah anda rancang dan pelajari . Aplikasikan dalam kehidupan sebenar. JIka anda masih belum berjaya cari maklum balas dari penilaian sendiri atau dari orang lain yang ahli atau pakar dalam bidang yang anda ceburi dan lakukan berulang kali berdasarkan maklum balas tersebut sehingga anda mencapai impian anda. Apapun tindakan anda yang pastinya anda mesti berdoa dan terus berdoa sambil berusaha dan bertawakallah pada Allah.

Tuesday, February 2, 2010

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Tinggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Program Motivasi Kecemerlangan Diri Staff Pusat Latihan Rekreasi FELCRA Tebing Tinggi Johor

Tentang PLFSP