Monday, June 29, 2009

Program Kecemerlangan Pelajar (PKP) Daerah Larut Matang & Selama


Ringkasan Program.

Program Kecemerlangan Pelajar ini telah dihadiri seramai 149 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan spm 2009 dari seluruh Daerah Larut Matang & Selama. Diadakan di Safari Resort, Kuala Kangsar pada 26 - 28 Jun 2009. Sekolah yang terlibat merupakan sekolah-sekolah dikawasan luar bandar. 11 buah sekolah yang terlibat adalah :

1. SMK SUNGAI BAYOR
2. SMK DATO' HAJI HUSSIEN
3. SMK DATO' KAMARUDDIN
4. SMK KUBU GAJAH
5. SMK REDANG PANJANG
6. SMK JELAI
7. SMA SYUBBANIAH
8. SABK ADDINIAH JELUTONG
9. SABK MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH
10. SABK MAAHAD AL-KHAIR LIL BANAT
11. SABK MAAHAD MAARIF AL-ISLAMIAH

Hari pendaftaran pelajar daripada Daerah LMS

En. Rohaizat Bin Ahmad beramah mesra bersama pelajar

Perasmian Penutup yang dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah LMS
Tuan Haji Mat Lazim Bin Idris.

Ucapan Daripada Pegawai PPD

Penyampaian sijil kepada wakil

Monday, June 22, 2009

Program Kecemerlangan Pelajar (PKP) - PMR Daerah Perak Tengah : 19 - 21.06.2009


Doa dibaca untuk memberkati majlis - En. Roshahrin

Pengacara Majlis - Cik Nurhidayah

Wakil Pengetua PLFSP (Cik Siti Haliza), Peg. Khas PPD Perak Tengah (En. Norashid Bidin) & Tuan Haji Adenan (CU Educare)

Antara pelajar yang mengikuti program PKP

Guru pembimbing dari CU Educare


Ringkasan Aktiviti

Alhamdulillah selesai sudah Program PKP - PMR Daerah Perak Tengah pada 21/06/2009 (Ahad). Seramai 143 orang pelajar (58 lelaki dan 85 perempuan) telah mengikuti kursus motivasi ini selama 3 hari 2 malam. Pelajar yang terlibat merupakan pelajar dari golongan PPRT yang dipilih dari 5 buah sekolah menengah di sekitar Daerah Perak Tengah iaitu SMK Lambor Kiri, SMK Layang - Layang Kiri, SMK Sultan Abdul Jalil Shah, SMK Sungai Ranggam dan SMK Muzaffar Shah. Pengisian kepada pelajar ini telah disampaikan oleh guru - guru yang berpengalaman. Perasmian penutup program PKP ini telah disempurnakan En. Norashid Bin Bidin selaku Pegawai Khas Ko-Kurikulum (PPD Perak Tengah).

Friday, June 19, 2009

Hebahan Kursus EM


Gotong Royong Warga PLFSP

Alhamdulillah satu gotong royong telah dilaksanakan oleh warga PLFSP pada 18/06/2009. Aktiviti diadakan bertujuan untuk membersihkan kolam yang kini menjadi salah satu tempat aktiviti luar (river crossing) kepada peserta kursus. Di samping itu, kolam ini dihuni oleh pelbagai spesies ikan yang kebanyakannya dalam proses membesar. Antara spesies yang terdapat di kolam ini ialah talapia merah, temakang, puyu dan keli. Selain membersihkan persekitaran kolam, aktiviti yang dijalankan ini juga membolehkan warga staf merapatkan hubungan ukhwah dan rasa kebersamaan dalam kerja berpasukan.

Berita Bergambar

Berehat dan menjamu selera setelah penat berendam dalam kolam

Melepaskan anak ikan puyu yang di ambil dari
kolam kecil yang telah kering airnya.



300++ ekor anak ikan puyu...

Sesi mengira



Seronok biarpun air kolam keruh berlumpur


Lumut yang ditarik keluar dari kolam


Monday, June 15, 2009


Sifat Dan Sikap Penghalang Kejayaan Seorang Muslim

Perkara kedua:
Meninggalkan Solat Berjemaah

Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat berjemaah itu terkutuk dalam Kitab Taurat,Injil,Zabur serta dalam Al-Quran.Dan orang yang meninggalkan solat berjemaah itu, jika berjalan dimuka bumi, bumi akan mengutuknya,orang yang meninggalkan solat berjemaah akan dimurkai Allah,dimurkai Malaikat serta segala makhluk Allah yang berjiwa. Serta dimurkai pula oleh Malaikat yang berada diantara langit dan bumi serta oleh semua ikan-ikan yang berada di lautan."

Selain daripada itu, telah diriwayatkan dalam Sahih Muslim, bahawasanya telah datang seorang lelaki yang buta matanya, bernama Abdullah bin Maktum kepada Rasulullah. Kemudian ia berkata kepada Rasulullah :
Sungguh aku tidak ada yang membimbing untuk datang ke Masjid, maka ia memohon keringanan kepada Nabi agar diperbolehkan untuk solat di rumah. Kemudian Nabi memberi keringanan akan tetapi ketika ia telah berpaling dari baginda, kemudian Nabi memanggilnya serta bertanya: "Apakah engkau mendengar azan untuk Solat?" lalu orang itu menjawab : "Ya aku mendengar." kemudian baginda bersabda : " Jika demikian, datanglah untuk solat berjemaah."

Demikianlah keterangan hadith tersebut,betapa pentingnya Solat berjemaah, sampai seorang yang buta pun jika mendengar suara panggilan solat (azan), oleh Rasulullah diharuskan untuk mengerjakannya.

Dari keterangan tersebut, maka jelaslah betapa pentingnya solat berjemaah serta betapa murkanya Allah SWT terhadap orang-orang yang meninggalkan solat sehingga bagi mereka yang meninggalkan solat tidak akan luput dari ancaman dari Neraka Jahanam. Disamping itu bagi hambanya yang selalu melakukan solat berjemaah, maka Allah SWT akan memberikan pahala yang berlipat ganda, jika dibandingkan dengan solat sendirian, sebagaimana yang diterangkan dalam sebuah hadith :
Bahawasanya mengerjakan solat berjemaah itu pahalanya berlipat ganda 27 kali dibandingkan dengan solat sendirian.

Demikian kiranya keutamaan solat berjemaah sehingga apa yang kita harapkan mendapat redha dari Allah SWT.

Wednesday, June 10, 2009

Sifat & Sikap Penghalang Kejayaan Seorang Muslim

Buku "Sifat & Sikap Penghalang Kejayaan Seorang Muslim" telah ditulis dan disusun oleh Abu Sulaiman Ad-Darani. Di dalam buku ini telah dimuatkan 96 perkara atau perlakuan yang menghalang kejayaan seorang muslim. Insyallah saya akan menulis 96 perkara itu di dalam blog ini setiap minggu untuk perkongsian bersama.

Perkara Pertama :
Meninggalkan Solat Fardhu.

Yang dimaksudkan dengan meninggalkan solat fardhu ialah, bila seseorang dengan sengaja melalaikan atau mengakhirkan solatnya hingga datang waktu solat yang berikutnya. Misalnya seseorang mengerjakan solat Zohor, padahal solat asar sudah hampir waktunya dan seterusnya.

Sabda Rasulullah SAW

"Perbuatan hamba yang pertama kali akan dihisab dihari kiamat kelak adalah solatnya, barangsiapa yang solatnya baik, sesungguhnya ia akan beroleh kebahagiaan serta keselamatan, barangsiapa kurang baik(buruk) solatnya, maka ia akan sengsara serta merugi"

(HR. Tirmizi dan Thabrani)

"Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab nanti adalah solatnya. Maka jika solatnya telah rosak, amal lainpun akan rosak pula."

(HR. Thabrani)

"Barangsiapa menjamak solat (mengumpulkan dua waktu solat, yang dikerjakan dalam satu waktu), tanpa alasan yang sudah ditentukan, maka benar-benar orang-orang tersebut datang kesuatu pintu besar daripada pintunya dosa-dosa besar."

(HR. Al-Hakim)

"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat, pada usia tujuh tahun, serta bila umurnya telah mencapai sepuluh tahun, belum mengerjakan solat maka pukullah ia kerana perbuatannya itu."

(HR. Abu Daud)

"Pencuri yang ulung itu, ialah orang yang mencuri solatnya." Kemudian bertanya seseorang: "Bagaimana mencuri solat itu ya Rasulullah?" Baginda Menjawab : "Iaitu orang yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud serta bacaan dalam solatnya."

(HR. Ahmad dan Al-Hakim)

Ini adalah antara hadis Rasulullah yang menekankan betapa pentingnya solat pada umat islam yang menjadi penentu kejayaan umat islam didunia dan juga di akhirat.

Tentang PLFSP