Wednesday, May 27, 2009

Lawatan Kerja Y.B. Dato' Tajuddin, Pengerusi FELCRA BERHAD Ke Seberang Perak dan Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak Pada 23 Mei 2009






Dato' Tajuddin melawat sekitar kawasan Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak.

Sesi taklimat yang di sampaikan oleh Pengarah Urusan FTC mengenai matlamat dan halatuju FTC



Dato' Tajuddin diberikan taklimat oleh pegawai FELCRA mengenai perkembangan fidlot ternakan lembu.


Ketibaan Dato' Tajuddin disambut oleh pegawai FELCRA ketika melawat fidlot ternakan lembu di peringkat 15.

Monday, May 18, 2009

Penenang Jiwa : Buku Wajar Dibaca - LA TAHZAN


LA TAHZAN
oleh Dr. Aidh Al-Qarny, artinya "Jangan Bersedih", sebuah buku menarik tentang kehidupan. Setiap orang pasti punya masalah dan seringkali kita menemui jalan buntu sehingga putus asa dalam mencari penyelesaiannya. Buku ini menawarkan solusi yang dapat merubah cara pandang kita terhadap masalah yang tengah dihadapi dan tentunya membantu menjernihkan pikiran sehingga kita dapat menemukan jalan keluar terbaik bagi permasalahan yang sedang dihadapi.

Penulis begitu piawai merangkai kata-kata indah yang dapat menghibur dan membesarkan hati pembaca. Buku yang patut dimiliki dan dibaca oleh setiap orang. Penulis mengupas setiap bagian buku dari sudut pandang Islam tetapi tidak menutup kemungkinan bagi penganut agama lain untuk turut menikmati isi buku ini.

Buku ini menjadi best seller di Mesir dan telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa. Dan rasanya tidak cukup hanya sekali membaca dan merenungi apa yang disampaikan penulisnya. Ada satu kalimat yang sampai saat ini selalu saya ingat dan sering saya sampaikan kepada teman-teman saya "Bila kita tidak dapat mensyukuri hal-hal yang kecil, bagaimana mungkin kita boleh mensyukuri nikmat yang besar?".

Kalimat sederhana yang bagi saya sangat dalam maknanya, terutama untuk melapangkan hati dan merasa ikhlas dalam menerima segala hal. Cukup baik untuk membantu menghilangkan berbagai penyakit hati yang masih sering saya alami seperti iri dan dengki (bahkan terkadang merasa bahwa Allah tidak adil). Hingga akhirnya saya lebih bersyukur dalam menerima segala yang telah ditetapkan Allah (terutama dalam masalah rezeki). Sangat dianjurkan untuk dimiliki dan dibaca, terutama bila sedang menemukan jalan buntu dalam menghadapi masalah. La Tahzan... "jangan bersedih: kerana setiap persoalan pasti ada jalan keluarnya dan ikhlaslah dengan segala ketentuan Allah... lapangkan hati dan pikiran, kasihi sesama insan dan jadilah orang yang pemaaf.

~ KU Pentadbiran PLFSP ~

Saturday, May 9, 2009

Wacana Ilmu : Mengenang Jasa Seorang Ibu


Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?

Baginda menjawab: Ibumu.

Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?

Nabi menjawab: Ibumu.

Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?

Nabi menjawab lagi : Ibumu.

Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?

Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

(Hadis riwayat at-Tirmizi)
+++++++

Islam sangat menyanjungi jasa seorang ibu. Kata-kata “Kasih ibu membawa ke syurga” yang sering digunakan bagi menggambarkan kasih sayang seorang ibu kesinambungan daripada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Syurga di bawah telapak kaki ibu,” (riwayat Imam Ahmad).

Islam juga meletakkan taraf seorang ibu dikedudukan yang terpuji dan tertinggi bertepatan dengan peranannya sebagai daya kuasa pembina generasi pelapis ke arah generasi gemilang, cemerlang dan terbilang. Ibu di sisi Islam mempunyai kedudukan yang istimewa sehingga meletakkan hukum bagi mereka yang menderhaka ibu-bapa di antara dosa-dosa besar setanding dengan syirik kepada Allah, membunuh diri dan penyaksian palsu.

Rasulullah s.a.w, ketika ditanya mengenai amalan yang dicintai oleh Allah maka baginda bersabda di antaranya ialah berbakti kepada ibu-bapa selain solat di waktunya dan berjihad di jalan Allah. Pernah baginda menyuruh salah seorang sahabatnya agar tidak menyertai jihad disebabkan beliau masih mempunyai kedua ibu-bapa kerana berbakti kepada keduanya adalah juga dikira sebagai jihad.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, walau jerih payahnya tanggungjawab, seorang ibu akan tetap tabah menghadapinya demi insan-insan tercinta. Walaupun sinonim dengan kata-kata “wanita itu kaum yang lemah”. Namun, selemah-lemah wanita, seorang lelaki yang gagah perkasa sekalipun tetap dilahirkan daripada rahim seorang wanita.

Seorang ibu juga sanggup mengorbankan apa sahaja demi anak-anak tercinta. Kisah Alqamah misalannya, menggambarkan betapa kasih ibu sangat mendalam sehinggakan ibunya tidak sanggup melihat anaknya menderita akan dibakar hidup-hidup walaupun telah berkecil hati kerana anaknya itu melebih-lebihkan isterinya daripada ibunya sendiri. Kerana tidak mahu melihat anaknya menderita ketika sakaratul maut, si ibu dengan rela hati memaafkan anaknya itu.

"SELAMAT HARI IBU"

Friday, May 8, 2009

Bengkel Cakna Ladang AJKKP Negeri Kelantan


Satu kursus yang diatur untuk keperluan AJKKP telah berlangsung pada 28 - 30 April 2009 yang lalu. Seramai 34 orang peserta yang hadir terdiri daripada AJKKP beberapa daerah di negeri Kelantan. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan motivasi, pengurusan dan kepimpinan dalam pentadbiran JKKP di negeri Kelantan. Para peserta diberi input melalui sesi AMLAK, AKTIF, AKLU, REFLEKSI dan LAWATAN ke kawasan berhampiran.


Peserta bergambar bersama Pengarah Urusan FTC, Jurulatih & Fasilitator

Senaman pagi untuk menyegarkan badan

"Salam Semut" - sesi wajib peserta yang berkursus di PLFSP

Lawatan ke tapak semaian kelapa sawit

Lawatan - Taklimat di Bilik Gerakan Pejabat TPBW Seberang Perak

Aktiviti riadah petang - memanah

Refleksi & Profil Minda

Taklimat Kursus

Daftar Masuk Penginapan

Wednesday, May 6, 2009

Wacana Ilmu : 10 Soalan Untuk Ali Bin Abu Talib


Pada suatu hari, sepuluh orang dari kaum Khawarij bertemu dengan Ali bin Abi Talib untuk bertanyakan beberapa soalan. Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya bertujuan untuk menguji kehebatan Ali sama ada ia bertepatan dengan satu hadis Nabi iaitu: “Aku ini kotanya ilmu pengetahuan dan Ali adalah sebagai pintunya.”

Sebaik sahaja bertemu Ali, mereka dilayan dengan begitu baik. Salah seorang dari mereka kemudian membuka mulut dan berkata, “Wahai Ali, kami yang datang seramai sepuluh orang ini adalah dihantar oleh kaum kami untuk mengajukan pertanyaan kepadamu. Kami akan bertanya secara bergilir-gilir dan jawapan yang kamu berikan itu akan kami bawa pulang kepada kaum kami.”

“Baiklah, apakah soalannya?” Ali kemudian menjawab.

“Wahai Ali, yang manakah lebih mulia, ilmu pengetahuan atau harta benda, dan apakah sebabnya?” tanya orang pertama.

Lalu Ali menjawab, “Ilmu pengetahuan itu adalah warisan para nabi, sedangkan harta kekayaan adalah warisan daripada Qarun, Syadad dan lain-lain. Oleh kerana itu, ilmu pengetahuan lebih mulia daripada harta benda.”

Kemudian orang kedua pula bertanya, “Manakah yang lebih mulia, ilmu pengetahuan atau harta benda, dan jelaskan sebab-sebabnya?”

“Ilmu lebih mulia daripada harta, kerana ilmulah yang menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta, si pemiliknya lah yang memelihara dan menjaganya,” jawab Ali.

Setelah Ali berjaya menjawab soalan daripada orang pertama dan kedua, orang ketiga, keempat, kelima, hingga kesepuluh bergilir menanyakan soalan, sama seperti yang diajukan oleh orang pertama dan kedua.

Kepada orang yang ketiga, Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana orang yang berilmu banyak sahabatnya, sedangkan orang yang banyak hartanya lebih banyak musuhnya.”

Kepada orang yang keempat, Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu bila disebarkan atau diajarkan akan bertambah sedangkan harta kalau diberikan kepada orang lain akan berkurangan.”

Kepada orang yang kelima, Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta, kerana ilmu tidak dapat dicuri, sedangkan harta benda mudah dicuri dan dapat lenyap.”

Kepada orang yang keenam, Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu tidak akan rosak binasa, sedangkan harta kekayaan boleh lenyap dan habis akibat masa dan usia.”

Kepada orang yang ketujuh Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu tidak ada batasnya, sedangkan harta benda ada batasnya dan dapat dihitung jumlahnya.”

Kepada orang yang kelapan Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu memberi dan memancarkan sinar kebaikan, menjernihkan fikiran dan hati serta menenangkan jiwa, sedangkan harta kekayaan pada umumnya dapat menggelapkan jiwa dan hati pemiliknya.”

Kepada orang yang kesembilan Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana orang yang berilmu mencintai kebajikan dan kata-katanya mulia seperti orang yang warak, sedangkan orang yang berharta boleh menjadi melarat dan lebih cenderung kepada sifat-sifat kikir dan bakhil.”

Akhirnya kepada orang yang kesepuluh Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia dan lebih utama daripada harta kekayaan kerana orang yang berilmu lebih terdorong untuk mencintai Allah, sedangkan harta benda hanya membangkitkan rasa sombong, bongkak dan takbur.”

Kemudian Ali menyambung dengan membaca ayat Al-Quran dari Surah Al Mujaadilah (58:11) yang bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Sepuluh orang kaum Khawarij itu menjadi kagum kerana satu pertanyaan mereka dapat dijawab oleh Ali dengan sepuluh jawapan yang berbeza. Selepas itu, mereka pulang menemui kaum mereka dengan perasaan puas serta bertambah yakin bahawa Khalifah Ali benar-benar seperti yang dikatakan oleh Nabi, iaitu sebagai pintu gerbang ilmu.

Sepintas Lalu Aktiviti Abseiling

Akhirnya berjaya meneruni menara...

Jurulatih sabar menunggu pelatih menaiki tangga menara
1.. 2.. 3.. langkah di atur berhati - hati menuju ke puncak menara setinggi 40 kaki

Sesi taklimat oleh Jurulatih sebagai persediaan sebelum memulakan aktiviti

Jurulatih meninjau dan menguji keselamatan sebelum aktiviti dimulakan

++

Aktiviti abseiling telah dilaksanakan oleh sekumpulan pelajar Kolej Komuniti Pasir Salak seramai 15 orang. Aktiviti ini merupakan sebahagian kursus wajib bagi pelajar tersebut dalam Kursus Asas Pengendalian Tali. Jurulatih yang mengawal selia aktiviti abseiling tersebut ialah En. Fahmy (Pej. Belia & Sukan Kg Gajah) dan Cik Sharifah Azian - Pensyarah Kolej Komuniti Pasir Salak).

Tentang PLFSP